Friday, December 31, 2010

Bloger..Bloger..Bloger..

(Hah ada tgk pic di atas? mesti ramai yang tau kan tu gambar blog sapa? aku cilok gambar ni utk entri aku)


Cerita pasal bloger & entri aku suka merayau2 tengok & baca blog orang, kadang2 aku jeles jugak tengok blog orang yang canggih dan punya entri yang bombastik. Blog aku apa ada? tiada header yang canggih, tiadak colourfull yang ada, cuma entri2 tawar lagi usang.haha tapi bagi aku itu tidak penting,sama ada blog itu cantik atau tidak itu bukan ukuran,yang penting aku dapat keluarkan apa yang aku rasa aku nak coret dalam blog ni.Sama juga macam rumah, tidak penting rumah itu besar atau kecil, cantik tau tidak yang penting dapat berteduh.(sekadar untuk sedapkan hati sendiri yang sebenarnya aku memang jahil bab2 menghias2 blog ni)

Aku respect dgn sorang brother ni (gmbr dia ada kat nun atas tu), nama pena dia dalam blog Ben Ashaari tapi lagi senang orang panggil dia BA, macho kan bro ni tapi dia dah kawen lah. Aku follow blog dia selepas dia menang blog pilihan malaysia dalam kategori blog personal suami pilihan tapi, sebelum ni aku memang selalu skodeng pun blog dia .Aku suka baca entry yang dia tulis, simple, padat dan senang untuk di fahami. entri dia pulak dia tidak khususkan untuk topik tertentu, pendek kata semua topik dia sentuh,tidak macam entri aku yang kadang2 merepek dan meleret sampai ke hujung dunia..

Aku kadang2 rasa macam mau borak2 dengan dia ni, mau tanya macam mana dia boleh post entri yang mantap dan yang paling penting dalam sehari dia boleh post lebih dari 3 entri tau Hmm boleh tabik springggg. Caya lahhhh. Cuba korang google blog dia dan follow, korang mesti dapat kira berapa kali dalam sehari dia post entri. Kalau aku? huh memang gagal lah buat begitu, kakangan masa dan tiada cerita menarik buat aku jadi buntu...Brother BA bagi tips untuk jadi bloger serajin anda plesssss!!! haha.

Ok stop cerita pasal si empunya blog yang sungguh rajin, sekarang time untuk jejek ke tahun baru.selamat bertahun baru....!!!!








TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 29, 2010

1-1-11


Salam tahun baru masihi 2011 .semua orang busy wish hepi new year & tulis entri pasal tahun baru so, aku pun x mau ketinggalan. di harap tahun baru ni akan memberi seribu satu kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan buat kita semua. jom kita foward azam tahun lalu yang masih belum tertunai pegi ke tahun ni hehe..

setiap tahun ramai antara yang kita menghitung pencapaian kita dalam masa setahun tapi kurang yang melihat apa yang kita telah sumbangkan. kejayaan pada tahun yang di lalui bukan sekadar apa yang telah kita capai & perolehi tetapi juga mencakupi sumbangan dan penglibatan kita..(wahh ayat bajet skema ni)

Neway selamat tinggal 2010 yang banyak meninggalkan pahit manis buat aku & selamat datang si 2011 yang aku pasti akan lebih banyak rencahnya :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

AFF SUZUKI CUP..Tahniah Harimau Malaya..

Aku baru saja habis tengok final AFF SUZUKI CUP. walaupun tgk sekadar depan tv tapi bahangnya terasa macam ada dlm stadium. memang puas hati sebab MALAYSIA menang, bukan menang nasib tapi bagi aku ini menang bermaruah. Selama ni bolasepak negara kita selalu saja di hentam tp kali ni anak2 buah Rajagobal buktikan yang bolasepak kita masih boleh bernafas sebenarnya. Buat semua skuad HARIMAU MALAYA tahniah sekali lagi dan buat skuad GARUDA tahniah jugak, korang pun play very well. Semua jentera berfungsi dengan cukup baik, aku tabik dengan keeper negara ni walaupun bolos 2 kali tapi dia tetap banyak menyelamatkan pintu gol kita, Safee Sali you are the best, kau memang jelmaan "Super Mok"

Stadium gelora bung karno sekali lagi jadi saksi tewasnya skuad Garuda. Tapi aku respect dgn player dorang coz masih ada semangat kesukanan, sedikitpun tiada pergaduhan walaupun masing2 dalam situasi tertekan. Kalau di selidik sebenarnya, penyokong2 dorng yang fanatik & melebih2 sedangkan player dorang cool saja. mungkin ini lah yang di namakan lebih sudu dari kuah..haha

Isu laser, toyol, pawang masih jadi isu tapi pemain negara kita sudah buktikan semua itu cuma propa penyokong lawan saja. berjuang hingga 90minit terakhir walaupun terpaksa menaiki kereta kebal memasuki stadium sedikitpun tidak melunturkan semangat wira wira negara ni..
kami bangga dengan kalian. keep it up Malaysia football player, kami menyokong dari belakang. harap2 lepas ni wira wira negara kita dapat keluar mengusung piala kejuaraan keluar stadium dengan aman dan bukan menaiki kereta kebal. Buat semua penyokong2, sukan merupakan medium keamanan dan bukannya medium memecah belahkan antara satu sama lain.jangan jadikan sukan sebagai medan untuk perpecahan, Malaysia & Indonesia negara serumpun, jangan di sebabkan terlalu obses kita yang bertelagah sedangkan semua pemain kedua2 negara bersatu menaikan bolasepak kedua2 rumpun ini... :)


TAHNIAH HARIMAU MALAYA....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Sunday, December 26, 2010

Gue Capek

Damn tired......fuhhh...macam mana aku mau gambarkan tahap kepenatanku yang sudah mencapai tahap kritikal? penat, letih, pancit bercampur baur dengan mengantuk dan semua sudah terangkum menjadi satu rasa yang dipanggil CAPEK.bergelumang dengan komitmen kerja di ofis dan hujung minggu aku terikat dengan tugas2 yang kadang kala diluar kemampuanku memaksa aku untuk lupa sekejap waktu rehatku yang cukup pendek.aku perlu rehat yang secukupnya, tapi bila aku boleh dapat rehat yang secukupnya. sudah lama aku tidak rasa quality time yang sebenarnya untuk diri sendiri tapi aku tidak boleh menjadi selfish.kalaulah bapak aku punya uwang berguni2 mahu saja aku pergi spa buat rawatan dari hujung rambut ke hujung kuku kaki..tapi itu hanya kalau
sahaja,realitinya bapak aku bukan orang yang berUWANG.apa yang aku mau, semua harus aku usahakan sendiri.


INSOMNIA arghhh penyakit itu datang lagi..kenapa mata ku masih bugar ketika semua mata orang lain sedang lena beradu?? dulu aku pernah alami simptom itu tp semua aku fikir sudah tidak bertandang lagi pada diri aku. mungkin aku harus dapatkan khidmat si doktor pakar lsekali lagi sebelum sang badan ini menjadi lunyai.si pasang mata ini sudah tidak mampu lagi menahan sembam dan eye beg.

Aku perlu rehat yang serehat rehatnya..aku mengalu alukan sebarang cadangan dari semua untuk mengurus masa rehatku. ok bapak aku sudah panggil untuk menghantar sepupu sepapat aku ke destinasi mereka..baru mau rehat ada lg on call..kaki saya sudah lemau menekan break dan clutch jadi mlm ini harap dapat tidur lena,itu cuma harapan kalau mata ini bisa layu..haha

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, December 25, 2010

No Name lagi..

Seksa itu sudah lama mati,
cuma rasa itu masih jelma,
lalu,menghambat jasad,
menjerut akal,
mengelar iman,
biar lena dalam damai...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 23, 2010

Kalau Memilih..


"Pilih saja apa kau mahu dan siapa yang kau mahu tapi pesanku awas, jangan sampai pilih pilih buah langsat, kau terpilih yang BANGSAT!!!"


Ada yang tersenyum sumbing ta'kala aku mempost status ini di facebook, tidak kurang juga dengan yang mengatakan mereka tidak faham.Tidak mengapa kalau tidak faham atau ada yang rasa lucu. Status ini sebenarnya untuk peringatan diri aku sendiri, kalau ada yang faham syukur tapi kalau masih ada yang tidak paham apa boleh aku buat. tak dapek den nak nolongnyer..sendiri mau ingat la kawan..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 22, 2010

Tetamu Senja

Hari ini sang langit sungguh indah,
tidak lagi meradang memuntahkan tempiasnya,
dari ruang sempit aku mendengar kicauan merdu sang unggas,
hari ini dia bebas menghayunkan kepaknya di awan biru,
entah esok? aku gusar andai tidak lagi bisa mendengar kicauannya,

Si manusia pula acapkali aku lihat terlalu asyik dengan tugas dunianya,
aku bermonolog sendiri,apakah urusan akhiratnya sudah dilangsaikan?
mungkin ada yang sudah, mungkin ada yang masih tertangguh,
arghh biar saja mereka, itu urusan dia dengan Tuhan,

Aku sebenarnya tetamu senja di wilayah ku sendiri,
datangku tidak lagi disambut mesra oleh lalang merimbun,
tiada juga ambal rumput yang menghalalkan aku memijaknya,
kini yang ada cuma pokok pokok angkuh lagi bongkak,

Aku sebenarnya tidak betah di sini,
kiri kananku yang ada cuma hutan batu,
jelas ku lihat kerakusan manusia memperkosa alam yang dulunya ibarat syurga hijau,
pokok konkrit berambal simen seakan tersenyum mengejek melihat kebuntuanku,

Aku sebenarnya asing di sini,
pagiku suram tanpa kokokan lantang si jalak,
tiada lagi dingin embun jantan yang menggigit ke sumsum,
cuma yang tinggal hangatnya bahang yang mengundang peluh jantan,

Aku tercari cari kemana pergi semua itu,
kokokan si jalak sudah berganti deruman bingit besi tidak bernyawa,
embun jantan yang menyelimuti pagi sudah menbiarkan bumi bertelanjang,
bukit bukau yang dulu gah kini kecundang oleh rakusnya jentera besi,
sungaiku kini sudah kambus menjadi labuhraya membelah kota,

Aku harus kemana?
ini tempat aku, ini dunia aku,
jika aku pergi, daun daun kaca pada pokok konkrit itu akan bersorak gembira,
aku tidak mahu tewas, seperti tewasnya daerah suci ini,
aku harus berjuang, daerah hijau ini harus aku pertahankan,
sekalipun aku bukan perajurit di arena yang bersenjata,
waima aku sungkur di medan ini,
namun aku yakin. daerah ini pasti tersenyum seperti sediakala...




Anak gembel menulis






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 16, 2010

Puisi Padan Muka

Celik mataku dipagi hari
ku lihat jam dinding masih di angka 6
ku pejam lagi mataku yang malas
bila ku buka lagi, aku naik hairan
apasal jam tak gerak gerak?

Aku capai handfon di atas meja
melayang semangat tengok jam dah 8 pagi
aku melompat macam kena rejatan elektrik
padan muka aku terlajak membuta

Ku gapai tuala kononnya nak mandi
buka pili air tak ada, baru ku ingat air dah kena potong
cukup sekadar gosok gigi dan basuh muka
padan muka aku tak bayar bil air

Hajat hati nak pakai baju pink
alamak baju pulak lupa di gosok
segera hidupkan suis nak gosok baju
apakah malang nasibku baju hangus waktu menggosok
padan muka aku, siapa suruh tak gosok siap siap

Depan pejabat bos dah tunggu
kepala botak pandanganku silau
dia naik angin tapi tak jadi marah
lihat aku berselipar jepun
padan muka aku main sondol je tak tengok tempat

Padan muka aku,
memang padan dengan muka aku
hari hari datang lewat
macam pejabat bapa aku yang punya
cukup bulan potong gaji
padan muka aku tanggunglah sendiri..


P/s : tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar tamparan untuk diri sendiri.





anak gembel menulis

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Friday, December 10, 2010

Tujuanku???

Salam Jumaat..

Hari ini penghulu segala hari, sedar x sedar masuk hari keempat tahun baru hijrah 1432H. Masih belum terlambat kalau aku wish selamat menyambut Maal Hijrah buat seluruh ummat islam. Doaku pada kalian mahupun diriku sendiri semoga kita peroleh keberkatan maghfirah dari Allah s.w.t.Aku harap tahun ini aku akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Bunyi macam klise tp samaada kita sedar arau tidak itulah juga harapan untuk orang lain.

Persoalan yang sampai sekarang masih menari2 dalam kotak fikiranku ini, mampu kah aku berubah? Ah cuba dulu lah, mana tau doaku diperkenankan. Aku sebenarnya patut malu dengan diri sendiri kerana dengan umurku yg sudah lepas layak mengundi ni aku masih lagi terkapai mencari diri aku sendiri. Arghh bodohnya menjadi diri aku ni kan, sampaikan diri sendiri pun susah mau kenal tapi inilah hakikat sebenarnya. Cuba tanya soalan ini pada manusia2 di luar sana

1. Apa sebenarnya tujuan hidup mereka?

2. Adakah mereka sudah benar2 mengenali diri sendiri?

dan soalan terakhir yg patut diajukan;

3. Adakah mereka sudah berjaya memperolehi apa yg mereka inginkan dan sudah terlaksanakah tujuan hidup mereka yg sebenar?

Aku pecaya masih ada yg punya jawapan bodoh sama seperti aku malah, jangan terkejut kalau ada yg cakap mereka sebenarnya tidak tahu tujuan hidup dan itu semua tidak penting bagi mereka. Aku sentiasa berusaha menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapaku, adik yang menyayangi keluarganya, kakak yang prihatin terhadap saudaranya, kawan yang disenangi dan paling penting aku mahu menjadi hamba yang sentiasa menurut perintah TuhanNya dan patuh dengan suruhan agama.

Sesungguhnya terlalu banyak anugerahMu yang telah aku nikmati Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianMu. Aku malu menjadi hambaMu yang seringkali mungkir dalam janji temu denganMu dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ku padaMu. Kali ini aku sudah tahu apa yang aku mahu dalam hidup dan aku mohon agar segalanya Kau permudahkan untuk aku menrealisasikan tujuanku ini...Apa tujuanku biar aku dengan Nya sja yang tahu.

p/s : semua ini untuk pesanan pada diriku sendiri;bilamana kekhilafan datang pada aku, aku akan pulang pada landasanku.

aku yang menulis..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, December 7, 2010

Wanita yang indah...


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awalah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."


Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia disisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu. Peganglah kata kata ini, kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan.

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.





Anak gembel menulis...03.58am


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 2, 2010

Merpati Putih Patah Sayap

''Andai sang bayu masih setia lemparkan aku hembusan dinginmu, kenapa mesti kau bersembunyi dibalik awan?atau sudah merajuk kah wahai sang bayu kau enggan berhembus lagi;sungguh merpati putih rindu bertebaran di awan ditemani hembusanmu..."



Merpati Putih Patah Sayap.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, June 29, 2010

Diri SeoRang WaNita!!!


Wahai Wanita Hiasan Dunia Dan Wanita Solehah Jgn mudah bermain bicara, jangan hanya bijak berkata dengan mana2 lelaki ajnabi. Lelaki itu ujian bagi kita. Ingatla, nafsu lelaki hanya wanita.

Lelaki lemah kerana wanita.
janganlah kita menjadi punca mereka lemah. janganlah kita mudah tunduk pada mereka, janganlah biarkan mereka menganggap kita murah & boleh digunakan bila perlu.

Jaga hatimu
berjihad melawan perasaan ni hanya kita Sahaja yang tahu bertapa susahnya menolak perasaan itu yang kadang2 datang tanpa diundang. Biarlah cinta kita diperoleh oleh lelaki yg layak sahaja.

Jaga dirimu,

nescaya Dia akn menjagamu sebaiknya. Sentiasalah mengharap pemeliharaanNya. Semoga berbahagia berada di sampingNya, pasti anda akan rasa kemanisannya !!


Jumaat 02 Julai 2010, bersamaan 19 Rehab 1431Hijrah...sudah separuh dari tahun ini yang aku lalui tapi belum ada satu pun pencapaian yang boleh aku banggakan, tapi bila difikirkan semula aku bersyukur kerana ada sedikit perubahan yang positif dalam diri ku...Setiap hari aku berdoa semoga hari2 yang bakal aku lalui akan menjadi titik tolak kearah kebaikan untuk hari yang mendatang...sebagai hambaNYA hanya doa dan usaha yang mampu aku buat kerana aku percaya Allah itu Maha memkbulkan doa hambaNYA...

Aku tertarik dengan kata2 indah yang ada dalam iluvislam dan aku copy paste untuk tatapan bersama...semoga dengan bahan ini akan membuat aku sentiasa sedar siapa aku sebagai seorang wanita dan akan menjadi penyuntik semangatku untuk memperbaiki diri insyaAllah...Aku cukup gemar untuk menyumbangkan komen2 atau persoalan dalam laman web atau blog2 yang berunsurkan keislaman kerana banyak pengetahuan yang aku perolehi...Dan doaku semoga aku sentiasa diberi ruang dan hidayah untuk memperbaiki kesilapan diri...



P/S: Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang SOLEHAH, yang baik antara yang
terbaik...dan
kurniakanlah aku pendampingmu yang baik dalam
mendapatkan sesuatu yang terbaik
dariMU...AMIN






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, June 23, 2010

PaTah HaTi..

Salam..

Sedang aku duduk mengadap moniter tiba2 aku teringat sorang member aku yg chat dgn aku dr mlm sampailah subuh...dia mengadu dgn aku tentang semangatnya yg semakin down saat ini..aku pernah mengalami nasib yg sama dgn dia dulu so tiada masalah utk aku bg sedikit kata2 semangat..aku memang bukan arif utk menasihati apatah lagi memberi kata motivasi kepada orang tetapi insyaAllah aku mampu mnjadi pendengar yang baik buat mereka. Aku tiba2 teringat lagu darpada kump. Saujana tentang PATAH HATI...aku mainkan lagu ini berulang2 sambil menghayati bait2 lirik yg mempunyai makna cukup mudah utk difahami...


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang



Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya


Lagu ini cukup indah dan mudah difahami masejnya...apa yg cuba disampaikan amat jelas kita fahami, dan benarlah seperti bait2 lirik di atas yang Allah s.w.t telah mnciptakan hari esok utk kita bangkit dari kegagalan dan patah hati...


Bagi aku lagu bukannya sebagai hiburan tetapi juak sebagai terapi ketika dilanda musibah, bila diri mula terasa murung dan down aku akan mula mcari lagu2 yg boleh mbngkitkan semangat aku kmbali..kadang2 tanpa kita sedari lagu2 yang kerap kita dengar itu sebenarnya mpunyai bait2 lirik yg cukup indah, tiada guna kita dengar lagu2 sedih dan meratap ketika kita dalam kesidihan.Lagu2 nasyid misal kata banyak tersembunyi maknanya yang tersendiri...Bagi aku mudah saja, jangan prejudis terhadap muzik atau lagu kerana lagu2 kerohanian adalah salah satu sumber inspirasi diriku ketika aku dalam keadaan down.



P/S bangkit dari patah hati dan sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t telah menyediakan nikmat di muka bumi utk kita nikmati sebaik mungkin, patah hati dan kekecewaan bukan pegakhiran pada kehidupan..






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, June 22, 2010

PeRcuTiaNku!!!

Salam..Ahlan Wahsalan..

Rasanya telampau lama sudah aku tidak jenguk2 blog ni, hari ni selepas berbulan2 aku biarkan blog ni sepi aku kmbali mblog...lately ni aku terlalu bz sampaikan mau buka blog pun payah ini kan pulak utk menulis entry2 di dalamnya..Alhamdulillah hari ni aku ada sedikit kesempatan utk menulis selepas bercuti dan menyiapkan kerja2 yang bertimbun..

Last week aku baru start keja balik selepas pulang dr bcuti, alhamdulillah percutian yg dirancang setelah sekian lama menjadi juak akhirnya...walaupun penat dan aku pegi dalam keadaan yg tidak seberapa ok tapi kira puas juak lah. Lokasi percutian of coz lah KL & kawasan2 yg sama waktu dgnnya..Rasa excited tak payah cakap lah memang ada dlm diri sebelum bertolak, tapi bapa aku pesan jgn terlalu teruja nanti lain yang jadi. Sebelum betolak ke airport sempat bapa aku pesan supaya berdoa minta dilindungi sepanjang perjalanan dan sepanjang percutian itu dan selamat kembali ke rumah..

Selepas 2.45minit dlm pesawat akhirnya kami (aku,adikku n seorang kawan) selamat sampai d LCCT, lepas ambil bagasi kmi keluar utk mndptkan bas ke KL SENTRAL, (memang pelancong habis la kami ni coz sendiri2 sudah mau jelajah kl). Sampai KL Sentral baru ada kazen aku ambil, kononnya x samapai hati mau suruh kmi jln sndri, maybe dia takut kami sesat..haha

Sebenarnya aku ralat sedikit coz hari aku pegi becuti sama dgn hari kawan aku kawin so aku sedih tidak dapat attend majlisnya, walaupun malam beinai & b4 aku betolak pegi becuti aku ada datang tapi memang x sama attend time wedding yg sebenar...Dia pun aku tgk sedikit sedih coz aku dgn c aniey x dpt datang tapi dia tetap senyum..(sorry mahsyuri coz aku x dpt jd pengapit ko) tapi doa kami tetap sentiasa mengiringi ko...kalau lah aku sorang yg pegi becuti tu, memang awal2 lagi aku tunda smpi majlis dia selesai tapi mau buat cm mana coz kami pergi betiga & kepentingan org lain juak harus aku fikirkan...

Masa yg terlalu suntuk aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk shopping, jalan keliling KL & melupakan sekejap hal2 karja yang kadang2 membebankan.. Paling aku rasa puas coz sempat jumpa dgn family & kawan2 aku yg menetap di sana..walaupun sekejap at least lepas juak rindu kan, abang aku bertindak sebagai tour guide memandangkan dia menetap di sana, sanggup pula dia ambil cuti untuk teankan kami (tq bro) hehe..kesempatan cuti sekolah dapat juga bawa sekali anak2 cousinku ikut jalan sama..ada kawan cakap kmi buat gerakan jelajah kl satu kampung..haha

Last day aku di bumi KL aku gunakan utk habiskan masa hang out dgn best friend aku c aniey, serius aku rindu betul dgn dia ni...lepas mak dia meninggal dunia dia jarang sudah balik sandakan, tapi aku faham keadaan dia. walaupun dia jauh kami masih lagi keep in touch via fb, ym or fon. Dia antara kawan aku yg tau apa kesukaan ku & apa kebencian ku, pendek kata dia ni memahami lah and dia jugaklah antara kawan aku yg paling aku sayang almaklum lah kami pernah tinggal sama di hostel...waktu kmi separate b4 masing2 balik sempat salam & peluk dia..rasa mau nangis pun ada (mmg nangis sudah pun)...x tau bila lagi kmi dapat jumpa..Aniey i'm gonna miss u..huhu

Malam b4 ballik semula ke bumi sandakan sempat lagi pegi shopping di pasar borong selangor tujuannya utk mcarik keropok lekor, ni utk ole2 org sandakan la ni kiranya..haha sampai rumah lepas packing barang terpaksa bongkar balik coz rasa2nya macam overweight pulak... Lepas packing barang masa utk borak2 dgn semua cousin & niece aku, paling best time tu sambil2 tgk live world cup kami borak2 and usha2 baby kazen aku. Memang time tu ruih rendah rumah walaupun sdh lewat malam. (i'm gonna miss that moment also)...

Awal2 subuh kmi sdh bangun utk besiap2 kembali ke sandakan, banyangkan lah betolak ke LCCT seawal 5am dan prjlnan mgmbil masa 40min memang memenatkan dan rasa mengantuk jgn cakp lah, smpi di airport kami terus check in so balance time b4 departure kmi gunakan utk rehat & tgk gelagat manusia2 yg ada..sharp 7.20am kmi sdh ada dlm perut pesawat and aku org pling awal tidur, penat yg teramat sangat baru dirasa..haha mata pun bengkak coz x ckup tidur, sbgai cover guna lah spek mata...memang sepanjang prjlnan aku tidur dan tidur coz mau baca novel or bahan bacaan lain aku sdh x mampu..

Sampai airport sandakan, my sis sdh menunggu d luar so tngal kmi balik rumah jmpa parents and agih barang2 shopping then TIDUR coz besok harinya aku sudah mula kerja dan kerja lagi...tapi insyaAllah next time aku datang lagi ke bumi Semenanjung..hehe Aku balik ke sandakan dalam keadaan batuk dan selsema..huaaaaaaaa suara aku pun belum muncul2 lagi di sebabkan batuk, tapi yg buat semua hairan dalam keadaan tidak sihat ada pulak kudratku utk berjalan kesana kemari dan kesokan harinya aku seperti mdapat motivasi baru utk memulakan kerja..Terima kasih buat saudara mara & kawan2 ku yg meluangkan masa selama aku berada di sana..terima kasih juga buat cousin aku & wife dia yg melayan kami dengan cukup baik sekali...buat abangku tq juak coz jadi bank kami d sana..haha...buat sahabatku aniey tq so much dear utk perananmu selama kita hang out..haha insayaAllah aku akan kembali lagi di lain waktu sekiranya punya kesempatan & di izinkan Allah...



(p/s : Ya Allah aku bersyukur kerana selamat pergi dan balik serta segala urusan sepanjang percutianku Engkau permudahkan...)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, April 6, 2010

Surat Adam untuk Hawa

Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai

Hawa...
cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...Sedarkah kau Hawa.....?Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....Hawa.... Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu

Hawa..
Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”
P/S Ehsan iLuvislam

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, March 31, 2010

duNo wAt tO Do..

Mengantuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Arghh malasnya aku rasa mau buat kerja kalau balik2 menguap sak. Apa sudah penyakit ku ni bah, tidur awal pun masih juak boleh mengantuk. Duno wat to do lah..hahaha bagus lagi tidur lewat sama juak mengantuknya. Kerja yang banyak buat aku teda mood mau buat disebabkan mengantuk. Semalam balik dari keja tiba2 black out, OMG aku punyalah panic cOz aku sendiri d umah. Masuk rumah sak aku terus kunci pintu and pasang lilin (romantik pulak aku rasa) haha. Sementara menunggu masuk waktu aku duduk sndri sambil dgr2 lagu, sebenarnya aku takut gelap apalagi sendiri. Suddenly my mum call...hohoho makkkk!!! aku takut sendiri, mati karan sini mak... Jam8 lepas semua yg sepatutnya aku buat sudah selesai aku macam ndak sedar sudah apa yang terjadi d sekelilingku..zZzZzZz

Subuh aku bangun jam 5, that mean aku tidur 9 jam la ni kan. Aku cepat2 capai handset d sebelah ku, wah ada 26 msg (22 msg dari fb mobile & 3 msg dari mereka2 & 1 dari c anu) C anu tanya tidur sudah kah?? mau reply apa ya cOz bangun sudah baru aku tgk smsnya, aku decide x reply. 3 missed call (1 from my lovely mum, 1 from mereka2 and 1 i duno dari insan mana). C sal pagi2 sudah sms bagi tau bfnya ambil kami ni hari so that mean kami kena awal la gerak dari rumah and sharp 7.30am aku sudah smpi office. Ada 1 jam lagi before aku start keja, LAPAR!!! semalam satu apa pun aku x sempat jamah, aku paksa juak c sal temankan aku sarapan walaupun dia ndak mau.

Mula waktu keja mula juak la mengantuk ni bermaharajalela..haha time ada bos aku rasa paling seksa cOz terpaksa mau cover2 mengantuk ni. Lepas dia keluar aku letak la juak kejap kepalaku d meja supaya tidak terlampau gian. Tengah x tau mau buat apa aku ambil kalender and tengok bila lagi ada cuti, wah jumaat ni rupanya public holiday utk sabah & sarawak, weewwwww cuti lagi. Besok APRIL FOOL!!! besok juak birthday Adi.. Happy Birthday Adi, patutlah kau beia2 tanya birthday ku bila rupanya dia mau bagi hint2 aku yang birthday x lama lg. Apa mau d bagi ni ya?? aku baru kenal dia so memang ndak tau apa yg dia suka, aku tanya c andi dia cakap bagi kasih sayang cOz familynya jauh..wakakkaka sot mu lah ctu andi sembarang sak d cakap. Kasih sayang memang aku murah hati berikan utk sesiapa sahaja yang aku kenal cOz bagi aku kasih sayang tu kalau dikongsikan insayallah hidup kita akan bahagia.

wah ndak sedar mau balik sudah rupanya ni..huhu waktu paling nikmat aku rasa bila time bepulangan sebab tiada kerja, tapi waktu paling gantung ndak sabar mau besok adalah waktu bepulangan tapi kerja masih lagi menunggu mau d kasi siap. Kerja mau komited kan, walau macam mana pun tidak suka kerja harus juak d siapkan (neiii cm ustazah oooo). Mula dari sekarang aku harus menyibukkan diriku dengan kerja2 ku supaya aku boleh lupa masalahku, lupa seseorang, lupa sesuatu dan lupa semua punca2 masalahku..(adoyaiii mereek lagi aku ni)hahaha..

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, March 30, 2010

I WANT MY LIFE BACK!!!


Aku x tau kenapa lately ni aku macam malas mau menaip dlm blog ni, maybe sebab aku tiada semangat atau memang aku terlalu busy dgn tuntutan kerja. Aku masih lagi rancak di facebook tapi amat kurang sekali mengomen2 dalam wall member. Aku betul2 tiada mood untuk itu semua waktu ini dan semua member2 pun macam perasan perubahanku yang kononnya tidak lagi ceria macam dulu. Manusia boleh berubah pada bila2 masa tanpa sebab yang munasabah dan aku minta maaf utk semua kawan2 ku.

Jauh disudut hati aku betul2 rindukan kehidupan ku yang macam dulu, sentiasa happy, ceria and paling penting pandai menyembunyikan setiap masalah ku. Maybe itu semua tidak mungkin balik lagi cOz semua itu seiring dgn usiaku. Masa tidak dapat diputarkan kembali dan kita hanya mampu belajar dari kisah silam. I'am sorry buat semua yang kena dgn tempias emo2 aku ni, kalau diberi pilihan aku cuma mau ada perasaan sayang utk semua orang supaya aku boleh bahagiakan orang yg menyayangiku dan orang yang ada disekeliling ku. Perasaan cinta aku mau buang jauh2 supaya aku tidak akan kecewa sampai bila2. Tapi itu cuma kalau dan setiap manusia normal harus ada perasaan yang pelbagai.

I WANT MY LIFE BACK!!! Kadang2 aku seakan2 mau menjerit minta supaya dikembalikan life ku yg dulu tapi aku sedar semua tu tiada gunanya dan aku hanya boleh meminta kepada yg Maha Esa. Aku bersyukur kepada-NYA sebab setiap kali selepas menghadapnya ketika itulah aku rasakan ketenangan dan seakan2 aku diberi peluang untuk mencorakkan kehidupanku yang baru. Kalaulah ketenangan dak kekuatan itu hanya mampu aku perolehi ketika duduk dan sujud kepada-NYA aku sanggup utk berbuat itu sepanjang hidupku.
P/S..Kepada yang Maha Esa Makbulkan lah doaku dan aku tidak akan jenuh utk berdoa
agar doa2 ku dimakbulkan..AMIN!!
samaada cepat atau pun lambat..

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, March 23, 2010

HujaN MemBasahi BuMi Qu..

Alhamdulillah..selepas berapa lama hujan tidak turun akhirnya hujan turun juak membasahi bumi sandakan..keadaan cuaca yang sangat baik dari kemarin berlarutan sampai ke hari ini. tidak lagi terasa bahang panas yang teramat sangat.

Syukur kepada ALLAH S.W.T..sekurang2nya tempat2 yg mengalami masalah kekurangan bekalan air boleh tersenyum gembira..ndak tau lg apa aku mau taip ni cOz keja ku betimbun..so nanti2 lagi la baru aku meluah apa yg ada dlm pikiranku ni...

Salam..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, March 20, 2010

SaTuRdaY MorNing..

Uwahh sabtu sdh rupanya ni ari, terasa cepat pulak bah masa berlalau..hampir2 tadi aku lewat buka ofis gara2 lewat bangun, cm mana ndak lewat kalau tidur pun sudah pukul berapa(sekali lagi aku terbabas subuhku). Sudah lah lewat jeansku yang aku suka pakai ntah di mana kakak ku letak. C sal call aku mengomel sdh suruh cepat cOz ari ni bfnya mau hantar kami pegi keja, tapi aku rasa macam x sempat so aku suruh lah dia pegi dulu. Sebenarnya aku malu mau ikut cOz terasa macam aku kacau daun pulak..hehe

Hari ni free ckit d ofis jadi bole rileks2 lah..hehe ndak tau mau buat apa so aku msg la kawan2 ku, aku msg c andi, c eche n c sal sekali gus..buang tabiat kali aku dgn c sal ni cOz ofis sebelah sak n ari2 jmpa tap masi mau sms, macam x jmpa pulak..hehe Sebenarnya kemarin dlu 18hb Mac birthday c sal tapi aku lupa wish and aku pun baru ingat kemarin. Sorry my dear friends aku lupa birthday mu di sebabkan aku selalu memikirkan dia..Insyallah nnt aku buat surprised utk ko ya..Aku lupa tidak bermaksud kau x dlm hatiku. U always in my heart everytime and i want u to know, u are my best friend forever till end.. c andi mcm biasalah tmpt aku mengadu pasal mud ku yang selalu down pasal dia dan dia lagi(nah dia lagi,bila dia bole aku lupa ni)..c andi seperti biasa penasihat yang baik and selalu bagi nasihat yang bernas, thanks andi, ko memang pro bah bab2 cinta2 ni..haha aku mau ajak juak dia keluar thari ni lepas keja memandangkan kami keja halfday sak tapi dia ckp bfnya pulak mau dtg dari tawau..adeiina malar ni bf kwn2ku org tawau(xpa paham disitu)..keowkeowekow

wewwww kejap lagi mau balek bah bestnya ku rasa...neh c eche ajak kuar mau p giant katanya ada final bintang sandakan fm, mau pegi kah tidak ya?? aku malas mau pegi acara2 cm tu sbnarnya, apa lagi tmpat yang ramai orang tapi insyallah aku pegi juak temankan dia lepas carik present utk birthday girl and hantar gelangku pegi kedai utk di repair... lpas aku confirm mau temankan c eche mber lamaku c amin pulak call ajak keluar,macam mana lah sdh cerita ni?? aku sdh confirm mau keluar dgn c eche tiba2 c amin call mengajak pulak..last week kmi sdh janji mau jumpa tapi terpaksa kensel last2 minit so hari ni dia harap betul dapat jumpa mau cerita2 and lepak2 sebelum dia balik kk..

Ok2 aku sdh dapat idea, pembahagian masa penting disini..kowkeowke aku temankan dlu my eche lepas tu petang ckit baru aku pegi jumpa c amin. ok set settle sdh 1 masalah, amin wait for me ya..hahaha mau jam12 sdh sebelum boss ku dtg ofis balik hantar keja baru lebih baik aku cau deluan. ok2 gtg now..salam



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Friday, March 19, 2010

HaRi bZ kU..


Sungguh penat dan sibuk. brp ari ni aku btl2 sibuk dan penat.(bz pun masi ada masa juak ya jeling2 FB). dari pagi smpi thari mmg ndak tau mana satu keja yg mau aku buat dlu, mejaku btl2 berterabur. aku paling tidak suka tengok keadaan yang serabut dan tunggang langgang cOz boleh buat otakku serabut.


Sudah lah ndak ckup tidur, kepala pening keja pulak bertimbun. last2 aku buat juak ckit2 smpai settle(keja sbnrnya mmg x pndai habis). time2 bnyk keja ni makan x payah ckp la, mmg ndak d peduli sdh tu pasal makan yg penting keja siap and dapat benafas keja menaip d FB..inilah sbnrnya penangan FB..hahaha



Inilah keadaan meja ku yang boleh buat aku bingung, nasib ni sdh d kemas2 ckit..(aduii kesiannya kmptr ni sdh la slow tahap gaban, ndak lagi mau d tukar c boss)



Berapa hari sdh ni aku tidak sentuh nasi ya? ntah la aku pun lupa sdh berapa hari, bukan aku diet tapi mknan2 ringan yang aku makan buat aku kenyang dan ditambah pulak kejaku yang banyak memang lupa sudah time lunch lagipun aku paling tidak suka duduk dlm restoran and makan sendiri2. Kalau d office bila perutku terasa lapar paling senang aku urus ni perut cOz aku cuma ambil duit and pegi fresh mart selang berapa lot dgn office ku. Di sana dorang tau lah apa yang aku carik, cukup alas perut dengan aiskrim dgn roti bun kenyang lah sdh aku and perutku diam2 la sdh..haha



Aku jenis yang tidak memilih so apa2 pun janji boleh masuk(halal) aku mkn sak tapi habit ku yang tidak peduli pasal makan ni kadang2 buat family ku risau. Sebenarnya ndak perlu risau cOz aku ni bkn juak cekeding malah masih lg dalam ketegori yang sihat2 (tgk luar mcm sihat tp dalm ndak tau lah). Aku sendiri pun tidak sampai bila aku ni mau jadi org yang tidak prihatin dgn kesihatan diri sendiri. Mamaku ckp aku kurang makan, kurang tidur and kurang vitamin..haha mamaku cm doktor, tapi maybe betul lah cOz aku selalu ada masalah tekanan darah redah. Insyallah azam ku lepas ni mau jaga kesihatan ku and "say no to KEROPOK"

Hahaha ni lah aiskrim kegemaranku (panda aiskrim)..sbnrnya bnyk lg yang sedap tapi bentuk aiskrim ni buat aku sayang mau makan tapi last2 habis juak d bedal..hehe


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)