Tuesday, June 29, 2010

Diri SeoRang WaNita!!!


Wahai Wanita Hiasan Dunia Dan Wanita Solehah Jgn mudah bermain bicara, jangan hanya bijak berkata dengan mana2 lelaki ajnabi. Lelaki itu ujian bagi kita. Ingatla, nafsu lelaki hanya wanita.

Lelaki lemah kerana wanita.
janganlah kita menjadi punca mereka lemah. janganlah kita mudah tunduk pada mereka, janganlah biarkan mereka menganggap kita murah & boleh digunakan bila perlu.

Jaga hatimu
berjihad melawan perasaan ni hanya kita Sahaja yang tahu bertapa susahnya menolak perasaan itu yang kadang2 datang tanpa diundang. Biarlah cinta kita diperoleh oleh lelaki yg layak sahaja.

Jaga dirimu,

nescaya Dia akn menjagamu sebaiknya. Sentiasalah mengharap pemeliharaanNya. Semoga berbahagia berada di sampingNya, pasti anda akan rasa kemanisannya !!


Jumaat 02 Julai 2010, bersamaan 19 Rehab 1431Hijrah...sudah separuh dari tahun ini yang aku lalui tapi belum ada satu pun pencapaian yang boleh aku banggakan, tapi bila difikirkan semula aku bersyukur kerana ada sedikit perubahan yang positif dalam diri ku...Setiap hari aku berdoa semoga hari2 yang bakal aku lalui akan menjadi titik tolak kearah kebaikan untuk hari yang mendatang...sebagai hambaNYA hanya doa dan usaha yang mampu aku buat kerana aku percaya Allah itu Maha memkbulkan doa hambaNYA...

Aku tertarik dengan kata2 indah yang ada dalam iluvislam dan aku copy paste untuk tatapan bersama...semoga dengan bahan ini akan membuat aku sentiasa sedar siapa aku sebagai seorang wanita dan akan menjadi penyuntik semangatku untuk memperbaiki diri insyaAllah...Aku cukup gemar untuk menyumbangkan komen2 atau persoalan dalam laman web atau blog2 yang berunsurkan keislaman kerana banyak pengetahuan yang aku perolehi...Dan doaku semoga aku sentiasa diberi ruang dan hidayah untuk memperbaiki kesilapan diri...



P/S: Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang SOLEHAH, yang baik antara yang
terbaik...dan
kurniakanlah aku pendampingmu yang baik dalam
mendapatkan sesuatu yang terbaik
dariMU...AMIN






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, June 23, 2010

PaTah HaTi..

Salam..

Sedang aku duduk mengadap moniter tiba2 aku teringat sorang member aku yg chat dgn aku dr mlm sampailah subuh...dia mengadu dgn aku tentang semangatnya yg semakin down saat ini..aku pernah mengalami nasib yg sama dgn dia dulu so tiada masalah utk aku bg sedikit kata2 semangat..aku memang bukan arif utk menasihati apatah lagi memberi kata motivasi kepada orang tetapi insyaAllah aku mampu mnjadi pendengar yang baik buat mereka. Aku tiba2 teringat lagu darpada kump. Saujana tentang PATAH HATI...aku mainkan lagu ini berulang2 sambil menghayati bait2 lirik yg mempunyai makna cukup mudah utk difahami...


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang



Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya


Lagu ini cukup indah dan mudah difahami masejnya...apa yg cuba disampaikan amat jelas kita fahami, dan benarlah seperti bait2 lirik di atas yang Allah s.w.t telah mnciptakan hari esok utk kita bangkit dari kegagalan dan patah hati...


Bagi aku lagu bukannya sebagai hiburan tetapi juak sebagai terapi ketika dilanda musibah, bila diri mula terasa murung dan down aku akan mula mcari lagu2 yg boleh mbngkitkan semangat aku kmbali..kadang2 tanpa kita sedari lagu2 yang kerap kita dengar itu sebenarnya mpunyai bait2 lirik yg cukup indah, tiada guna kita dengar lagu2 sedih dan meratap ketika kita dalam kesidihan.Lagu2 nasyid misal kata banyak tersembunyi maknanya yang tersendiri...Bagi aku mudah saja, jangan prejudis terhadap muzik atau lagu kerana lagu2 kerohanian adalah salah satu sumber inspirasi diriku ketika aku dalam keadaan down.



P/S bangkit dari patah hati dan sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t telah menyediakan nikmat di muka bumi utk kita nikmati sebaik mungkin, patah hati dan kekecewaan bukan pegakhiran pada kehidupan..






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, June 22, 2010

PeRcuTiaNku!!!

Salam..Ahlan Wahsalan..

Rasanya telampau lama sudah aku tidak jenguk2 blog ni, hari ni selepas berbulan2 aku biarkan blog ni sepi aku kmbali mblog...lately ni aku terlalu bz sampaikan mau buka blog pun payah ini kan pulak utk menulis entry2 di dalamnya..Alhamdulillah hari ni aku ada sedikit kesempatan utk menulis selepas bercuti dan menyiapkan kerja2 yang bertimbun..

Last week aku baru start keja balik selepas pulang dr bcuti, alhamdulillah percutian yg dirancang setelah sekian lama menjadi juak akhirnya...walaupun penat dan aku pegi dalam keadaan yg tidak seberapa ok tapi kira puas juak lah. Lokasi percutian of coz lah KL & kawasan2 yg sama waktu dgnnya..Rasa excited tak payah cakap lah memang ada dlm diri sebelum bertolak, tapi bapa aku pesan jgn terlalu teruja nanti lain yang jadi. Sebelum betolak ke airport sempat bapa aku pesan supaya berdoa minta dilindungi sepanjang perjalanan dan sepanjang percutian itu dan selamat kembali ke rumah..

Selepas 2.45minit dlm pesawat akhirnya kami (aku,adikku n seorang kawan) selamat sampai d LCCT, lepas ambil bagasi kmi keluar utk mndptkan bas ke KL SENTRAL, (memang pelancong habis la kami ni coz sendiri2 sudah mau jelajah kl). Sampai KL Sentral baru ada kazen aku ambil, kononnya x samapai hati mau suruh kmi jln sndri, maybe dia takut kami sesat..haha

Sebenarnya aku ralat sedikit coz hari aku pegi becuti sama dgn hari kawan aku kawin so aku sedih tidak dapat attend majlisnya, walaupun malam beinai & b4 aku betolak pegi becuti aku ada datang tapi memang x sama attend time wedding yg sebenar...Dia pun aku tgk sedikit sedih coz aku dgn c aniey x dpt datang tapi dia tetap senyum..(sorry mahsyuri coz aku x dpt jd pengapit ko) tapi doa kami tetap sentiasa mengiringi ko...kalau lah aku sorang yg pegi becuti tu, memang awal2 lagi aku tunda smpi majlis dia selesai tapi mau buat cm mana coz kami pergi betiga & kepentingan org lain juak harus aku fikirkan...

Masa yg terlalu suntuk aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk shopping, jalan keliling KL & melupakan sekejap hal2 karja yang kadang2 membebankan.. Paling aku rasa puas coz sempat jumpa dgn family & kawan2 aku yg menetap di sana..walaupun sekejap at least lepas juak rindu kan, abang aku bertindak sebagai tour guide memandangkan dia menetap di sana, sanggup pula dia ambil cuti untuk teankan kami (tq bro) hehe..kesempatan cuti sekolah dapat juga bawa sekali anak2 cousinku ikut jalan sama..ada kawan cakap kmi buat gerakan jelajah kl satu kampung..haha

Last day aku di bumi KL aku gunakan utk habiskan masa hang out dgn best friend aku c aniey, serius aku rindu betul dgn dia ni...lepas mak dia meninggal dunia dia jarang sudah balik sandakan, tapi aku faham keadaan dia. walaupun dia jauh kami masih lagi keep in touch via fb, ym or fon. Dia antara kawan aku yg tau apa kesukaan ku & apa kebencian ku, pendek kata dia ni memahami lah and dia jugaklah antara kawan aku yg paling aku sayang almaklum lah kami pernah tinggal sama di hostel...waktu kmi separate b4 masing2 balik sempat salam & peluk dia..rasa mau nangis pun ada (mmg nangis sudah pun)...x tau bila lagi kmi dapat jumpa..Aniey i'm gonna miss u..huhu

Malam b4 ballik semula ke bumi sandakan sempat lagi pegi shopping di pasar borong selangor tujuannya utk mcarik keropok lekor, ni utk ole2 org sandakan la ni kiranya..haha sampai rumah lepas packing barang terpaksa bongkar balik coz rasa2nya macam overweight pulak... Lepas packing barang masa utk borak2 dgn semua cousin & niece aku, paling best time tu sambil2 tgk live world cup kami borak2 and usha2 baby kazen aku. Memang time tu ruih rendah rumah walaupun sdh lewat malam. (i'm gonna miss that moment also)...

Awal2 subuh kmi sdh bangun utk besiap2 kembali ke sandakan, banyangkan lah betolak ke LCCT seawal 5am dan prjlnan mgmbil masa 40min memang memenatkan dan rasa mengantuk jgn cakp lah, smpi di airport kami terus check in so balance time b4 departure kmi gunakan utk rehat & tgk gelagat manusia2 yg ada..sharp 7.20am kmi sdh ada dlm perut pesawat and aku org pling awal tidur, penat yg teramat sangat baru dirasa..haha mata pun bengkak coz x ckup tidur, sbgai cover guna lah spek mata...memang sepanjang prjlnan aku tidur dan tidur coz mau baca novel or bahan bacaan lain aku sdh x mampu..

Sampai airport sandakan, my sis sdh menunggu d luar so tngal kmi balik rumah jmpa parents and agih barang2 shopping then TIDUR coz besok harinya aku sudah mula kerja dan kerja lagi...tapi insyaAllah next time aku datang lagi ke bumi Semenanjung..hehe Aku balik ke sandakan dalam keadaan batuk dan selsema..huaaaaaaaa suara aku pun belum muncul2 lagi di sebabkan batuk, tapi yg buat semua hairan dalam keadaan tidak sihat ada pulak kudratku utk berjalan kesana kemari dan kesokan harinya aku seperti mdapat motivasi baru utk memulakan kerja..Terima kasih buat saudara mara & kawan2 ku yg meluangkan masa selama aku berada di sana..terima kasih juga buat cousin aku & wife dia yg melayan kami dengan cukup baik sekali...buat abangku tq juak coz jadi bank kami d sana..haha...buat sahabatku aniey tq so much dear utk perananmu selama kita hang out..haha insayaAllah aku akan kembali lagi di lain waktu sekiranya punya kesempatan & di izinkan Allah...



(p/s : Ya Allah aku bersyukur kerana selamat pergi dan balik serta segala urusan sepanjang percutianku Engkau permudahkan...)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)