Friday, December 31, 2010

Bloger..Bloger..Bloger..

(Hah ada tgk pic di atas? mesti ramai yang tau kan tu gambar blog sapa? aku cilok gambar ni utk entri aku)


Cerita pasal bloger & entri aku suka merayau2 tengok & baca blog orang, kadang2 aku jeles jugak tengok blog orang yang canggih dan punya entri yang bombastik. Blog aku apa ada? tiada header yang canggih, tiadak colourfull yang ada, cuma entri2 tawar lagi usang.haha tapi bagi aku itu tidak penting,sama ada blog itu cantik atau tidak itu bukan ukuran,yang penting aku dapat keluarkan apa yang aku rasa aku nak coret dalam blog ni.Sama juga macam rumah, tidak penting rumah itu besar atau kecil, cantik tau tidak yang penting dapat berteduh.(sekadar untuk sedapkan hati sendiri yang sebenarnya aku memang jahil bab2 menghias2 blog ni)

Aku respect dgn sorang brother ni (gmbr dia ada kat nun atas tu), nama pena dia dalam blog Ben Ashaari tapi lagi senang orang panggil dia BA, macho kan bro ni tapi dia dah kawen lah. Aku follow blog dia selepas dia menang blog pilihan malaysia dalam kategori blog personal suami pilihan tapi, sebelum ni aku memang selalu skodeng pun blog dia .Aku suka baca entry yang dia tulis, simple, padat dan senang untuk di fahami. entri dia pulak dia tidak khususkan untuk topik tertentu, pendek kata semua topik dia sentuh,tidak macam entri aku yang kadang2 merepek dan meleret sampai ke hujung dunia..

Aku kadang2 rasa macam mau borak2 dengan dia ni, mau tanya macam mana dia boleh post entri yang mantap dan yang paling penting dalam sehari dia boleh post lebih dari 3 entri tau Hmm boleh tabik springggg. Caya lahhhh. Cuba korang google blog dia dan follow, korang mesti dapat kira berapa kali dalam sehari dia post entri. Kalau aku? huh memang gagal lah buat begitu, kakangan masa dan tiada cerita menarik buat aku jadi buntu...Brother BA bagi tips untuk jadi bloger serajin anda plesssss!!! haha.

Ok stop cerita pasal si empunya blog yang sungguh rajin, sekarang time untuk jejek ke tahun baru.selamat bertahun baru....!!!!








TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 29, 2010

1-1-11


Salam tahun baru masihi 2011 .semua orang busy wish hepi new year & tulis entri pasal tahun baru so, aku pun x mau ketinggalan. di harap tahun baru ni akan memberi seribu satu kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan buat kita semua. jom kita foward azam tahun lalu yang masih belum tertunai pegi ke tahun ni hehe..

setiap tahun ramai antara yang kita menghitung pencapaian kita dalam masa setahun tapi kurang yang melihat apa yang kita telah sumbangkan. kejayaan pada tahun yang di lalui bukan sekadar apa yang telah kita capai & perolehi tetapi juga mencakupi sumbangan dan penglibatan kita..(wahh ayat bajet skema ni)

Neway selamat tinggal 2010 yang banyak meninggalkan pahit manis buat aku & selamat datang si 2011 yang aku pasti akan lebih banyak rencahnya :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

AFF SUZUKI CUP..Tahniah Harimau Malaya..

Aku baru saja habis tengok final AFF SUZUKI CUP. walaupun tgk sekadar depan tv tapi bahangnya terasa macam ada dlm stadium. memang puas hati sebab MALAYSIA menang, bukan menang nasib tapi bagi aku ini menang bermaruah. Selama ni bolasepak negara kita selalu saja di hentam tp kali ni anak2 buah Rajagobal buktikan yang bolasepak kita masih boleh bernafas sebenarnya. Buat semua skuad HARIMAU MALAYA tahniah sekali lagi dan buat skuad GARUDA tahniah jugak, korang pun play very well. Semua jentera berfungsi dengan cukup baik, aku tabik dengan keeper negara ni walaupun bolos 2 kali tapi dia tetap banyak menyelamatkan pintu gol kita, Safee Sali you are the best, kau memang jelmaan "Super Mok"

Stadium gelora bung karno sekali lagi jadi saksi tewasnya skuad Garuda. Tapi aku respect dgn player dorang coz masih ada semangat kesukanan, sedikitpun tiada pergaduhan walaupun masing2 dalam situasi tertekan. Kalau di selidik sebenarnya, penyokong2 dorng yang fanatik & melebih2 sedangkan player dorang cool saja. mungkin ini lah yang di namakan lebih sudu dari kuah..haha

Isu laser, toyol, pawang masih jadi isu tapi pemain negara kita sudah buktikan semua itu cuma propa penyokong lawan saja. berjuang hingga 90minit terakhir walaupun terpaksa menaiki kereta kebal memasuki stadium sedikitpun tidak melunturkan semangat wira wira negara ni..
kami bangga dengan kalian. keep it up Malaysia football player, kami menyokong dari belakang. harap2 lepas ni wira wira negara kita dapat keluar mengusung piala kejuaraan keluar stadium dengan aman dan bukan menaiki kereta kebal. Buat semua penyokong2, sukan merupakan medium keamanan dan bukannya medium memecah belahkan antara satu sama lain.jangan jadikan sukan sebagai medan untuk perpecahan, Malaysia & Indonesia negara serumpun, jangan di sebabkan terlalu obses kita yang bertelagah sedangkan semua pemain kedua2 negara bersatu menaikan bolasepak kedua2 rumpun ini... :)


TAHNIAH HARIMAU MALAYA....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Sunday, December 26, 2010

Gue Capek

Damn tired......fuhhh...macam mana aku mau gambarkan tahap kepenatanku yang sudah mencapai tahap kritikal? penat, letih, pancit bercampur baur dengan mengantuk dan semua sudah terangkum menjadi satu rasa yang dipanggil CAPEK.bergelumang dengan komitmen kerja di ofis dan hujung minggu aku terikat dengan tugas2 yang kadang kala diluar kemampuanku memaksa aku untuk lupa sekejap waktu rehatku yang cukup pendek.aku perlu rehat yang secukupnya, tapi bila aku boleh dapat rehat yang secukupnya. sudah lama aku tidak rasa quality time yang sebenarnya untuk diri sendiri tapi aku tidak boleh menjadi selfish.kalaulah bapak aku punya uwang berguni2 mahu saja aku pergi spa buat rawatan dari hujung rambut ke hujung kuku kaki..tapi itu hanya kalau
sahaja,realitinya bapak aku bukan orang yang berUWANG.apa yang aku mau, semua harus aku usahakan sendiri.


INSOMNIA arghhh penyakit itu datang lagi..kenapa mata ku masih bugar ketika semua mata orang lain sedang lena beradu?? dulu aku pernah alami simptom itu tp semua aku fikir sudah tidak bertandang lagi pada diri aku. mungkin aku harus dapatkan khidmat si doktor pakar lsekali lagi sebelum sang badan ini menjadi lunyai.si pasang mata ini sudah tidak mampu lagi menahan sembam dan eye beg.

Aku perlu rehat yang serehat rehatnya..aku mengalu alukan sebarang cadangan dari semua untuk mengurus masa rehatku. ok bapak aku sudah panggil untuk menghantar sepupu sepapat aku ke destinasi mereka..baru mau rehat ada lg on call..kaki saya sudah lemau menekan break dan clutch jadi mlm ini harap dapat tidur lena,itu cuma harapan kalau mata ini bisa layu..haha

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, December 25, 2010

No Name lagi..

Seksa itu sudah lama mati,
cuma rasa itu masih jelma,
lalu,menghambat jasad,
menjerut akal,
mengelar iman,
biar lena dalam damai...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 23, 2010

Kalau Memilih..


"Pilih saja apa kau mahu dan siapa yang kau mahu tapi pesanku awas, jangan sampai pilih pilih buah langsat, kau terpilih yang BANGSAT!!!"


Ada yang tersenyum sumbing ta'kala aku mempost status ini di facebook, tidak kurang juga dengan yang mengatakan mereka tidak faham.Tidak mengapa kalau tidak faham atau ada yang rasa lucu. Status ini sebenarnya untuk peringatan diri aku sendiri, kalau ada yang faham syukur tapi kalau masih ada yang tidak paham apa boleh aku buat. tak dapek den nak nolongnyer..sendiri mau ingat la kawan..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 22, 2010

Tetamu Senja

Hari ini sang langit sungguh indah,
tidak lagi meradang memuntahkan tempiasnya,
dari ruang sempit aku mendengar kicauan merdu sang unggas,
hari ini dia bebas menghayunkan kepaknya di awan biru,
entah esok? aku gusar andai tidak lagi bisa mendengar kicauannya,

Si manusia pula acapkali aku lihat terlalu asyik dengan tugas dunianya,
aku bermonolog sendiri,apakah urusan akhiratnya sudah dilangsaikan?
mungkin ada yang sudah, mungkin ada yang masih tertangguh,
arghh biar saja mereka, itu urusan dia dengan Tuhan,

Aku sebenarnya tetamu senja di wilayah ku sendiri,
datangku tidak lagi disambut mesra oleh lalang merimbun,
tiada juga ambal rumput yang menghalalkan aku memijaknya,
kini yang ada cuma pokok pokok angkuh lagi bongkak,

Aku sebenarnya tidak betah di sini,
kiri kananku yang ada cuma hutan batu,
jelas ku lihat kerakusan manusia memperkosa alam yang dulunya ibarat syurga hijau,
pokok konkrit berambal simen seakan tersenyum mengejek melihat kebuntuanku,

Aku sebenarnya asing di sini,
pagiku suram tanpa kokokan lantang si jalak,
tiada lagi dingin embun jantan yang menggigit ke sumsum,
cuma yang tinggal hangatnya bahang yang mengundang peluh jantan,

Aku tercari cari kemana pergi semua itu,
kokokan si jalak sudah berganti deruman bingit besi tidak bernyawa,
embun jantan yang menyelimuti pagi sudah menbiarkan bumi bertelanjang,
bukit bukau yang dulu gah kini kecundang oleh rakusnya jentera besi,
sungaiku kini sudah kambus menjadi labuhraya membelah kota,

Aku harus kemana?
ini tempat aku, ini dunia aku,
jika aku pergi, daun daun kaca pada pokok konkrit itu akan bersorak gembira,
aku tidak mahu tewas, seperti tewasnya daerah suci ini,
aku harus berjuang, daerah hijau ini harus aku pertahankan,
sekalipun aku bukan perajurit di arena yang bersenjata,
waima aku sungkur di medan ini,
namun aku yakin. daerah ini pasti tersenyum seperti sediakala...




Anak gembel menulis






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 16, 2010

Puisi Padan Muka

Celik mataku dipagi hari
ku lihat jam dinding masih di angka 6
ku pejam lagi mataku yang malas
bila ku buka lagi, aku naik hairan
apasal jam tak gerak gerak?

Aku capai handfon di atas meja
melayang semangat tengok jam dah 8 pagi
aku melompat macam kena rejatan elektrik
padan muka aku terlajak membuta

Ku gapai tuala kononnya nak mandi
buka pili air tak ada, baru ku ingat air dah kena potong
cukup sekadar gosok gigi dan basuh muka
padan muka aku tak bayar bil air

Hajat hati nak pakai baju pink
alamak baju pulak lupa di gosok
segera hidupkan suis nak gosok baju
apakah malang nasibku baju hangus waktu menggosok
padan muka aku, siapa suruh tak gosok siap siap

Depan pejabat bos dah tunggu
kepala botak pandanganku silau
dia naik angin tapi tak jadi marah
lihat aku berselipar jepun
padan muka aku main sondol je tak tengok tempat

Padan muka aku,
memang padan dengan muka aku
hari hari datang lewat
macam pejabat bapa aku yang punya
cukup bulan potong gaji
padan muka aku tanggunglah sendiri..


P/s : tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar tamparan untuk diri sendiri.





anak gembel menulis

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Friday, December 10, 2010

Tujuanku???

Salam Jumaat..

Hari ini penghulu segala hari, sedar x sedar masuk hari keempat tahun baru hijrah 1432H. Masih belum terlambat kalau aku wish selamat menyambut Maal Hijrah buat seluruh ummat islam. Doaku pada kalian mahupun diriku sendiri semoga kita peroleh keberkatan maghfirah dari Allah s.w.t.Aku harap tahun ini aku akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Bunyi macam klise tp samaada kita sedar arau tidak itulah juga harapan untuk orang lain.

Persoalan yang sampai sekarang masih menari2 dalam kotak fikiranku ini, mampu kah aku berubah? Ah cuba dulu lah, mana tau doaku diperkenankan. Aku sebenarnya patut malu dengan diri sendiri kerana dengan umurku yg sudah lepas layak mengundi ni aku masih lagi terkapai mencari diri aku sendiri. Arghh bodohnya menjadi diri aku ni kan, sampaikan diri sendiri pun susah mau kenal tapi inilah hakikat sebenarnya. Cuba tanya soalan ini pada manusia2 di luar sana

1. Apa sebenarnya tujuan hidup mereka?

2. Adakah mereka sudah benar2 mengenali diri sendiri?

dan soalan terakhir yg patut diajukan;

3. Adakah mereka sudah berjaya memperolehi apa yg mereka inginkan dan sudah terlaksanakah tujuan hidup mereka yg sebenar?

Aku pecaya masih ada yg punya jawapan bodoh sama seperti aku malah, jangan terkejut kalau ada yg cakap mereka sebenarnya tidak tahu tujuan hidup dan itu semua tidak penting bagi mereka. Aku sentiasa berusaha menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapaku, adik yang menyayangi keluarganya, kakak yang prihatin terhadap saudaranya, kawan yang disenangi dan paling penting aku mahu menjadi hamba yang sentiasa menurut perintah TuhanNya dan patuh dengan suruhan agama.

Sesungguhnya terlalu banyak anugerahMu yang telah aku nikmati Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianMu. Aku malu menjadi hambaMu yang seringkali mungkir dalam janji temu denganMu dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ku padaMu. Kali ini aku sudah tahu apa yang aku mahu dalam hidup dan aku mohon agar segalanya Kau permudahkan untuk aku menrealisasikan tujuanku ini...Apa tujuanku biar aku dengan Nya sja yang tahu.

p/s : semua ini untuk pesanan pada diriku sendiri;bilamana kekhilafan datang pada aku, aku akan pulang pada landasanku.

aku yang menulis..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, December 7, 2010

Wanita yang indah...


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awalah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."


Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia disisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu. Peganglah kata kata ini, kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan.

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.





Anak gembel menulis...03.58am


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 2, 2010

Merpati Putih Patah Sayap

''Andai sang bayu masih setia lemparkan aku hembusan dinginmu, kenapa mesti kau bersembunyi dibalik awan?atau sudah merajuk kah wahai sang bayu kau enggan berhembus lagi;sungguh merpati putih rindu bertebaran di awan ditemani hembusanmu..."



Merpati Putih Patah Sayap.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)