Thursday, December 16, 2010

Puisi Padan Muka

Celik mataku dipagi hari
ku lihat jam dinding masih di angka 6
ku pejam lagi mataku yang malas
bila ku buka lagi, aku naik hairan
apasal jam tak gerak gerak?

Aku capai handfon di atas meja
melayang semangat tengok jam dah 8 pagi
aku melompat macam kena rejatan elektrik
padan muka aku terlajak membuta

Ku gapai tuala kononnya nak mandi
buka pili air tak ada, baru ku ingat air dah kena potong
cukup sekadar gosok gigi dan basuh muka
padan muka aku tak bayar bil air

Hajat hati nak pakai baju pink
alamak baju pulak lupa di gosok
segera hidupkan suis nak gosok baju
apakah malang nasibku baju hangus waktu menggosok
padan muka aku, siapa suruh tak gosok siap siap

Depan pejabat bos dah tunggu
kepala botak pandanganku silau
dia naik angin tapi tak jadi marah
lihat aku berselipar jepun
padan muka aku main sondol je tak tengok tempat

Padan muka aku,
memang padan dengan muka aku
hari hari datang lewat
macam pejabat bapa aku yang punya
cukup bulan potong gaji
padan muka aku tanggunglah sendiri..


P/s : tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar tamparan untuk diri sendiri.





anak gembel menulis

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

No comments: