Tuesday, March 16, 2010

SaBar Qu!!

Huh waktu aku menulis d blog ku ni sudah menunjukn o1.35am, mataku masih lagi tidak mengantuk dan memang aku belum mau tidur lagi. Sambil2 melayan muka buku aku calitkan sedikit cerita dalam blog ni.

Kenapa hari ini tahap kesabaran ku macam selalu dicabar. aku cuba bersabar dari menghamburkan amarah ku kepada orang lain. Bermula daripada satu panggilan talipon oleh orang yang aku tidak perlu sebutkan namanya. Dia bercakap seolah2 aku ni balachinya dan seolah2 aku ni tiada perasaan. wajarkah kau yang bergelar seorang pendidik memulakan bicara dengan perkataan "HOI" apa kau fikir aku ni dilahirkan tanpa nama?. Dimana tata susilamu yang juga sebagai saudara seagamaku. Terlalu payah kah bagi kau untuk memulakan kata katamu dengan "SALAM" Aku minta maaf kalau ada yang membaca blog ini terasa dengan kata ganti nama "AKU & KAU" yang aku gunakan..bagi aku tidak perlu bersopan santun dengan manusia yang tidak tahu menghormati orang lain.

Kau perempuan dan aku juga perempuan, jadi apa salahnya sekiranya kau juga mengamalkan sifat keperempuananmu. Mungkin aku keterlaluan sekiranya aku hanya mau melenting disebabkan hanya perkataan "Hoi" yang kau bahasakan kepada aku. Tapi aku masih waras kerana panggilan itu juga biasa aku dengar setiap kali aku bergurau dengan kwn2ku. Apa yg aku susah mau terima bila kau menuduh aku tanpa usul periksa. Wahai perempuan aku cukup kenal dengan kau dan keluargamu tapi kenapa kau sngup tuduh aku sedangkan benda tu aku langsung tidak pernah buat!!! Biarlah hanya aku dan kau sahaja yang tahu apa tuduhanmu keatasku (cah cm dlm mahkamah pulak ni tuduhan2 segala).

Sebenarnya aku memang hampir hilang sabar, nasib jugak kau kenak dengan aku yang memang tergolong dalam golongan orang yang sedikit penyabar (sedikit sak la tidak banyak) aku fikir kalaulah benda ni jadi waktu2 aku memang baran mau2 botak kepala mu tu aku kerjakan. Hanya teman2 rapatku sahaja yang tahu macam mana gilanya aku dulu kalau sudah hilang sabar. pantang dijentik sedikit memang aku akan menlenting, dan maybe disebabkan itu aku selalu di cakap terlampau membela kawan. Ya aku memang suka bela kawan2 ku apa lagi kalau mereka di buli atau dituduh atas salah yg bukan mereka lakukan..aku juga benci kepada PEMBULI.

Itu semua dulu punya cerita. aku sendiri pun tidak tahu macam mana aku boleh berubah mjadi seorang yang penyabar. Bila aku terlalu marah aku hanya mampu menangis sepuas puasnya dan itulah yang mampu aku lakukan tadi(nasib sudah sampai office baru aku karaw menangis). Aku bersyukur sebab aku masih lagi ada kawan2 yang dapat hiburkan hatiku sekaligus dapat meredakan kemarahanku..Blog dan Facebook aku gunakan sebagai ejan aku melepaskan kemarahanku. Nasib juak aku tidak hambur kemarahanku waktu on9 dengan kwn2ku sebaliknya aku mampu lagi tersenyum...tq so much my friends walaupun masing2 jauh tp aku rasa kalian sentiasa dekat di hati.

Petang tadi aku menerima msg sms daripada insan yang hampir2 menggugat kesabaran ku. Dia memohon maaf diatas keterlanjurannya, oh rupanya dia salah orang dan aku langsung tiada kena mengena dalam masalahnya. Aku memaafkanya walaupun aku masih tersinggung dengan kata2nya pagi tadi. Tapi benar aku ikhlas memaafkan atas dasar kawan,...ya kau masih ku anggap sebagai kawan ku. Tetapi nasihat ku sebelum kau mencabar kesabaran orang adalah lain lebih baik kau belajar untuk menjadi seseorang yang penyabar.

Aku harap insyallah akan terus belajar untuk jadi orang yang sabar dan sabar dan sabar...SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

2 comments:

aqish basir said...

sabar je ok...
ngee....'

allh ske orng yng bsbr

sarah said...

tq aqish :)
alhamdulillah masi mampu lagi sabar..hehe