Sunday, July 31, 2011

Selamat Hari Lahir BUNDA!!!

30 Julai setia tahun adalah hari lahir buat bundaku yang tersayang...Tahun ni usia ibuku meniti lagi seperti tahun2 yang lalu tapi tanpa suami yang dicintai...lebih 30tahun melayari bahtera rumahtangga,akhirnya mereka terpisa dek kerana panggilan Ilahi. Itu semua takdir yang Maha Esa, dia akur dengan kehendaknya.

Semalam aku sempat meraikan hari lahir ibuku walaupun tidaklah segah mana pun..hanya dengan sebji kek dan diraikan bersama sama anak anak sepupuku itu sudah memadai buatnya.namun baginya doa dan perhatian dari kamai adik beradik itu yang paling bermakna.


cheese cake + ais cream..mables smpikn x ckup haha...lilin dia berterabur lah pulak, ni keja
iss lah ni.




inilah rupa kek hari hadi buat si ibu..x sempat tempah so beli saja la yg ada..



Buat bundaku yang amat aku cintai Pn.Hana sekali lagi SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-53..semoga Allah merahmatimu, memberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam limpahan rezeki...Kami sayang mak.Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dilimpahkan untuk kami. WE LOVE U...




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, July 6, 2011

"Aku sudah ANGAU"

aku memang sudah naik angau a.k.a sasau a.k.a demam gila2 tahap gaban dengan lagu KISAH HATI ni..opsss jangan geleng pala dulu ya, aku angau bukan dengan lagu yang Alyah bawak tapi dengan lagu kisah hati yang dah d guitar coverkan dalam bentuk instrumental oleh AffanAizatMusic.

tak payah ada suara merdu meliuk lentok ikut melodi pun bagi aku instrumental ni sudah cukup merdu...kalau dengar betul2 macam terselit sedikit bunyik angklung pun ada jugak dalam cover ni. petikan gitar akustik betul2 masuk dalam jiwa owhh..haha gemersik aku cakap dengan korang.sebenarnya alyah nyanyi pon best jugak plus video klip dia memang mantap la tapi, untuk kelainan aku pilih cover gitar instrumental ni..

dalam banyak2 orang yang cover lagu ni, bagi aku inilah yang paling awesome.malam2 surf internet or baca novel ni lah muzik latar aku haha..layan jiwa beb!!! boring2 bole nyanyi ikut gitar. ok namoo cakap banyak mari layan jiwa dengar instrumental ni..sekali2 dengar instrumental ringan sikit kepala otak..tak payah susah2 tangkap leleh dengan lirik lagu yang susah nak hafal.

di bawah ni aku ada bagi video instrumental lagu ni tapi kalau susah2 nak bukak atau error klik saja kat sini lagi senang & boleh tengok lagu2 lain yang dah d coverkan.

SELAMAT BEREMO!!!




opss!!! sorry error video..xpa klik link ini and sure dapat tgk.....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, June 29, 2011

Kitab Cinta


"Cintaku buatmu bagaikan huruf huruf yang terpatri disetiap helaian kitab..."

Assalamualaikmu..

korang perasan tak petikan di atas tu?? hmm kalau yang follow cerita KITAB CINTA mesti familiar degan ayat tu kan..kalau yang ketinggalan tu cuba rerajinkan jejari tu klik sini. cerita ni disiarkan di Tv Al-Hijrah arahan erma fatimah...Aku sendiri pun baru tau yang cerita ni adaptasi dari novel spiritual islam tajuk dia kitab cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman al-Azizy.

"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya ustaz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf..." <<========= ini antara petikan petikan dialog dalam drama ni.

Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan
kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf-seorang pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Ilahi Swt. membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman.. <<====== hah!! ini pulak sedikit review untuk korang yang nak menonton, biar suspen sikit..mesti penasaran kan hahaha..


Kalau korang layan drama ni memang tidak rugi coz pelakon pelakon yang terlibat memang cun & macho..bila lagi dapat tengok heroin dia fazura pakai tudung kan, hmm cun gila bah!! hero dia ni mamat indon nama dia hardy hartono danurussamsi(mak ai berbelit2 lidah aku sebut) tapi aku pun tidak ambil port sangat janji lakonan dia mantap.


hah kat bawah tu layankan la gambar2 hero & heroin kitab cinta :-



Mustika watak fazura dalam crita ni...ayu kan.mesti jd buruan ibu mertua.




hah ni mesti gambar untuk paspot.muka fazura tanpa makeup mcm inosen jak kan muka dia




yg sebelah fazura tu lah hero dalam cerita ni..hensem kan. :)



Ok untuk last aku sediakan klip ost Kitab Cinta...kalau rasa lagu ni sedap and mau dengar ulang2 sampai koma klik sini. Ok selamat bermimpi menjadi mustika haha..Layanzzzzz





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Badan Lelaki Berbau??


Hmm duduk diam2 x tau apa yang mau di usha, so ambil majalah lama dan belek2 dalam dia..suddenly terjumpa pulak artikel pasal bau badan lelaki...(eh buat lelaki jangan marah ekk, ini sekadar perkongsian). sebenarnya badan pompuan pun ada jugak yang berbau tapi maybe tak se"power" bau lelaki..huhu hal ni jadi maybe sebab budak pompuan biasanya pandai cover bau badan dengan bedak yang ntah berapa kilo and perfume berliter2..menurut kajian bau badan ni terhasil daripada kombinasi hebat cik peluh + en. bakteria. kalau ikut logik cik peluh memang x ada bau la kan tapi bila dia di gado2 oleh en. bakteria maka tercemarlah dia menjadi satu bau yang di panggil bau masan or bau cuka and paling dasyat ada yang panggil bau bangkai kah kah kah.


Dibawah ada beberapa faktor mempengaruhi bau badan lelaki lebih berbanding pompuan :-

1) Orang lelaki ni jumlah testosteron(eh betul kah spell ni) tinggi so ianya secara otometik akan bawa pengaruh kepada aktiviti kelenjar apokrin yang letaknya dibahagian tertentu contohnya ketiak.

2) ada segelintir lelaki ni malas ambil peduli pasal kebersihan diri, senang cerita malas mandi lah.huh mandi pun malas(takut air maybe)

3) suka pakai pakaian berulang2 & tidak dibasuh.kalau dihumban dalam perigi confirm, ikan mabuk.

4) ada lelaki ni suka buat aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh, tapi ni mesti nampak macho kan kan kan...

5) hah ini paling best..faktor permakanan pun jadi penyumbang bau badan jugak, paham2 sudah lah bila bawang putih, jering dan petai jadi santapan dan hasilnya pun best jugak.

6) faktor berkerjaan contohnya berkerja dibawah terik matahari macam pekerja tapak pembinaan tu of coz lah akan ada yang x senang duduk disebelah sebab bau kan, tapi ini boleh dimaafkan sebab cari rezeki..bau2 bad
an pun bila gaji masuk tetap wangi beb!!!


haha uncle ni pon maybe x tahan bau badan dia..


Ok kalau diatas tu sakit dia of coz kena ada ubat dia kan..dibawah ni ada penyelesaiannya.


Petua2 berkhasiat untuk yang badan berbau :-

1) MANDI-kena mandi la bang biar badan tu harum.mandi kerap sikit guna sabun, kalau 5x sehari pon x apa.

2) DEADORAN-hah jangan malu2 untuk beli stok deoderan di rumah. jangan beli saja tapi gunalah setiap hari.

3) KAFIEN-kurangkan minum minuman yang berkafien yek..boleh minum tapi kena control lah.

4) MAKAN-makan mesti mau jaga. jangan lah hari2 makan petai, jering & kari.takut nanti badan bau kari & awek pun lari bang oii.


hmm bila badan harum semua orang senyum..semua orang pun suka..


Semua orang kena ambil berat tentang masalah bau badan ni..ini masalah diri sendiri. kalau badan berbau secara tidak langsung tahap keyakinan diri pun akan turut terjejas. lalaki atau perempuan pun kita percaya ada masalah yang sama jugak cuma terpulang pada diri sendiri untuk berubah mengharumkan diri..:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Sunday, June 26, 2011

Kalau suami mula naik tangan...

korang pernah tak tengok atau tertengok lelaki belasah pompuan ataupun yang paling sadis lagi si suami membelasah bini dia sampai lebam lebam. ok pendekkan cerita semalam time otw balik rumah aku naik bas teserempak dengan pasangan laki bini ni (aku yakin dorang ni laki bini coz, wife dia tengah pregnant and panggil lelaki dia abang.

di pendekkan cerita tengah besesak sesak dalam bas couple ni pun naik la di satu stesen bas, nama pun sesak kan so, memang ada yang berdiri lah kan. tapi yang buat aku jengkel tahap dewa dewi ni, boleh pulak laki dia yang sedap sedap duduk sedangkan bini dia yang tengah pregnant tu dia biarkan berdiri (hishh apa punya laki la ni). Lelaki ni dengan angkuh duduk sambil merokok sebelah aku siap marah marah bini dia, ada sekali tu aku dengar dia cakap kat bini dia "kau ni x boleh diam2 kah? berdiri lah bagus2 jangan sampai pegang2 aku, nanti ndak pasal2 aku humban kau kluar dari bas ni" masyallah 'jahanam' betul laki dia ni. memang kena jelingan maut dari aku lah mamat ni, aku rasa kesian betul tengok bini dia yang pregnant berdiri terhoyong hayang sedangkan dia yang tak gentleman senang lenang duduk. kesian tengok bini dia tu so aku pun bagi lah dia duduk, tapi yang bikin aku panas boleh pulak laki dia tengking aku, chaittt apa jadah lelaki ni.

ni gambar hiasan jak ya..tapi boleh bagi gambaran macam mana si isteri trauma kalau suami mula naik tangan

berani berani takut aku berdiri and buat muka selamba bagi bini dia duduk. bila couple tu dah duduk sama tiba2 aku tgk husband dia mula marah2 and yang buat aku terkejut beruk, berani pulak si lelaki ni tampar isteri dia dalam bas yang penuh manusia. Kakak yang bini dia ni aku tengok memang sudah menangis, maybe sakit kena tampar or malu dgn perangai laki dia yang tidak ada perasaan. Mana lah akal waras si suami sampai sanggup buat bini dia yang mengandung cam tu, aku memang x dapat cakap apa apa time tu coz aku memang terkejut. bayangkan lah sedangkan dikhalayak ramai pun suami dia berani buat cam tu ini kan pulak kalau di rumah. kalau sudah namanya kaki pukul dimana2 pun tabiat tu tetap ada.

sepatutnya sebagai suami @ lelaki dia jadi pelindung untuk isteri dia apatah lagi dalam keadaan si isteri yang tenganh mengandung, bukan jadi hitler yang menggunakan kuasa diktatornya memerintah itu ini. kalaulah aku boleh jadi invisible woman memang aku cincang 10 laki dia tu..ceh emosi ni.

hargailah setiap detik seorang wanitamu sepertimana Rasulullah s.a.w melindungi wanita wanitanya.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, June 25, 2011

Bum Bum Cak..

Salam...

wah lamanya aku x post entry dalam blog ni, macam rasa rindu pulak..huhu sedar x sedar hampir setengah tahun tidak post apa2. kalau rumah memang confirm besawang. Setengah tahun banyak yang jadi that's whylah aku sedikit malas mau post entry dalam blog. Malas tidak semestinya langsung tidak menjenguk, tapi masih sempat klik sana sini blog orang lain & rasa best pulak jadi pembaca blog2 orang ni...

Ok lah sebagai mukadimah, entry sekerat2 cukup lah. nanti jumpa lg d entry lain :)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, January 1, 2011

Kalau waktu itu punya aku...

Pagi ini indah, tapi..
dia sunyi, apa yang dengar cuma suara pagi,
aku masih di sini ditemani suara sumbang,
masih mencari waktu kalau masih tersisa.

*bungkam..*

kalau aku punya waktu,
aku mahu ke sana.
jauh dengan hati yang kecil,
melunaskan inginku yang besar.

*diam*

kalau aku punya waktu,
aku pasti ke sana.
membawa pesan, membawa doa, membawa sejuta penyesalan.
tapi bila? itu cuma kalau.

di sana pasti aman,
biar jauh tapi tenang,
namun hari aku sudah suntuk untuk aku langsaikan kalau itu.
bila lagi diri ini tidak suntuk?
bila lagi waktu itu punya aku?

*melontar pandang di luar jendela kecil*

diri ini sungguh jijik,
jangan mahu menjadi si perayu domba,
menagih waktu yang memang sudah lari,
dulu dia angkuh untuk minta waktu melunaskan kalau itu.

waktu dulu yang limpah dibuang bazir,
terlalu angkuh untuk melihat sisa waktu,
kini, air mata apa guna kau tumpah ibarat bah?
kalau hanya mahu menjadi pemain wayang tidak berpenonton.

sudah,
mari ke hatiku wahai aku,
kesat laju manik jernih di pipi,
si waktu lalu memang sudah membenci dirimu,
tapi Tuhan mu masih punya cinta padamu,
lalu waktu untuk esok masih ada untuk mu.




anak gembel menulis...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Friday, December 31, 2010

Bloger..Bloger..Bloger..

(Hah ada tgk pic di atas? mesti ramai yang tau kan tu gambar blog sapa? aku cilok gambar ni utk entri aku)


Cerita pasal bloger & entri aku suka merayau2 tengok & baca blog orang, kadang2 aku jeles jugak tengok blog orang yang canggih dan punya entri yang bombastik. Blog aku apa ada? tiada header yang canggih, tiadak colourfull yang ada, cuma entri2 tawar lagi usang.haha tapi bagi aku itu tidak penting,sama ada blog itu cantik atau tidak itu bukan ukuran,yang penting aku dapat keluarkan apa yang aku rasa aku nak coret dalam blog ni.Sama juga macam rumah, tidak penting rumah itu besar atau kecil, cantik tau tidak yang penting dapat berteduh.(sekadar untuk sedapkan hati sendiri yang sebenarnya aku memang jahil bab2 menghias2 blog ni)

Aku respect dgn sorang brother ni (gmbr dia ada kat nun atas tu), nama pena dia dalam blog Ben Ashaari tapi lagi senang orang panggil dia BA, macho kan bro ni tapi dia dah kawen lah. Aku follow blog dia selepas dia menang blog pilihan malaysia dalam kategori blog personal suami pilihan tapi, sebelum ni aku memang selalu skodeng pun blog dia .Aku suka baca entry yang dia tulis, simple, padat dan senang untuk di fahami. entri dia pulak dia tidak khususkan untuk topik tertentu, pendek kata semua topik dia sentuh,tidak macam entri aku yang kadang2 merepek dan meleret sampai ke hujung dunia..

Aku kadang2 rasa macam mau borak2 dengan dia ni, mau tanya macam mana dia boleh post entri yang mantap dan yang paling penting dalam sehari dia boleh post lebih dari 3 entri tau Hmm boleh tabik springggg. Caya lahhhh. Cuba korang google blog dia dan follow, korang mesti dapat kira berapa kali dalam sehari dia post entri. Kalau aku? huh memang gagal lah buat begitu, kakangan masa dan tiada cerita menarik buat aku jadi buntu...Brother BA bagi tips untuk jadi bloger serajin anda plesssss!!! haha.

Ok stop cerita pasal si empunya blog yang sungguh rajin, sekarang time untuk jejek ke tahun baru.selamat bertahun baru....!!!!








TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 29, 2010

1-1-11


Salam tahun baru masihi 2011 .semua orang busy wish hepi new year & tulis entri pasal tahun baru so, aku pun x mau ketinggalan. di harap tahun baru ni akan memberi seribu satu kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan buat kita semua. jom kita foward azam tahun lalu yang masih belum tertunai pegi ke tahun ni hehe..

setiap tahun ramai antara yang kita menghitung pencapaian kita dalam masa setahun tapi kurang yang melihat apa yang kita telah sumbangkan. kejayaan pada tahun yang di lalui bukan sekadar apa yang telah kita capai & perolehi tetapi juga mencakupi sumbangan dan penglibatan kita..(wahh ayat bajet skema ni)

Neway selamat tinggal 2010 yang banyak meninggalkan pahit manis buat aku & selamat datang si 2011 yang aku pasti akan lebih banyak rencahnya :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

AFF SUZUKI CUP..Tahniah Harimau Malaya..

Aku baru saja habis tengok final AFF SUZUKI CUP. walaupun tgk sekadar depan tv tapi bahangnya terasa macam ada dlm stadium. memang puas hati sebab MALAYSIA menang, bukan menang nasib tapi bagi aku ini menang bermaruah. Selama ni bolasepak negara kita selalu saja di hentam tp kali ni anak2 buah Rajagobal buktikan yang bolasepak kita masih boleh bernafas sebenarnya. Buat semua skuad HARIMAU MALAYA tahniah sekali lagi dan buat skuad GARUDA tahniah jugak, korang pun play very well. Semua jentera berfungsi dengan cukup baik, aku tabik dengan keeper negara ni walaupun bolos 2 kali tapi dia tetap banyak menyelamatkan pintu gol kita, Safee Sali you are the best, kau memang jelmaan "Super Mok"

Stadium gelora bung karno sekali lagi jadi saksi tewasnya skuad Garuda. Tapi aku respect dgn player dorang coz masih ada semangat kesukanan, sedikitpun tiada pergaduhan walaupun masing2 dalam situasi tertekan. Kalau di selidik sebenarnya, penyokong2 dorng yang fanatik & melebih2 sedangkan player dorang cool saja. mungkin ini lah yang di namakan lebih sudu dari kuah..haha

Isu laser, toyol, pawang masih jadi isu tapi pemain negara kita sudah buktikan semua itu cuma propa penyokong lawan saja. berjuang hingga 90minit terakhir walaupun terpaksa menaiki kereta kebal memasuki stadium sedikitpun tidak melunturkan semangat wira wira negara ni..
kami bangga dengan kalian. keep it up Malaysia football player, kami menyokong dari belakang. harap2 lepas ni wira wira negara kita dapat keluar mengusung piala kejuaraan keluar stadium dengan aman dan bukan menaiki kereta kebal. Buat semua penyokong2, sukan merupakan medium keamanan dan bukannya medium memecah belahkan antara satu sama lain.jangan jadikan sukan sebagai medan untuk perpecahan, Malaysia & Indonesia negara serumpun, jangan di sebabkan terlalu obses kita yang bertelagah sedangkan semua pemain kedua2 negara bersatu menaikan bolasepak kedua2 rumpun ini... :)


TAHNIAH HARIMAU MALAYA....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Sunday, December 26, 2010

Gue Capek

Damn tired......fuhhh...macam mana aku mau gambarkan tahap kepenatanku yang sudah mencapai tahap kritikal? penat, letih, pancit bercampur baur dengan mengantuk dan semua sudah terangkum menjadi satu rasa yang dipanggil CAPEK.bergelumang dengan komitmen kerja di ofis dan hujung minggu aku terikat dengan tugas2 yang kadang kala diluar kemampuanku memaksa aku untuk lupa sekejap waktu rehatku yang cukup pendek.aku perlu rehat yang secukupnya, tapi bila aku boleh dapat rehat yang secukupnya. sudah lama aku tidak rasa quality time yang sebenarnya untuk diri sendiri tapi aku tidak boleh menjadi selfish.kalaulah bapak aku punya uwang berguni2 mahu saja aku pergi spa buat rawatan dari hujung rambut ke hujung kuku kaki..tapi itu hanya kalau
sahaja,realitinya bapak aku bukan orang yang berUWANG.apa yang aku mau, semua harus aku usahakan sendiri.


INSOMNIA arghhh penyakit itu datang lagi..kenapa mata ku masih bugar ketika semua mata orang lain sedang lena beradu?? dulu aku pernah alami simptom itu tp semua aku fikir sudah tidak bertandang lagi pada diri aku. mungkin aku harus dapatkan khidmat si doktor pakar lsekali lagi sebelum sang badan ini menjadi lunyai.si pasang mata ini sudah tidak mampu lagi menahan sembam dan eye beg.

Aku perlu rehat yang serehat rehatnya..aku mengalu alukan sebarang cadangan dari semua untuk mengurus masa rehatku. ok bapak aku sudah panggil untuk menghantar sepupu sepapat aku ke destinasi mereka..baru mau rehat ada lg on call..kaki saya sudah lemau menekan break dan clutch jadi mlm ini harap dapat tidur lena,itu cuma harapan kalau mata ini bisa layu..haha

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Saturday, December 25, 2010

No Name lagi..

Seksa itu sudah lama mati,
cuma rasa itu masih jelma,
lalu,menghambat jasad,
menjerut akal,
mengelar iman,
biar lena dalam damai...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 23, 2010

Kalau Memilih..


"Pilih saja apa kau mahu dan siapa yang kau mahu tapi pesanku awas, jangan sampai pilih pilih buah langsat, kau terpilih yang BANGSAT!!!"


Ada yang tersenyum sumbing ta'kala aku mempost status ini di facebook, tidak kurang juga dengan yang mengatakan mereka tidak faham.Tidak mengapa kalau tidak faham atau ada yang rasa lucu. Status ini sebenarnya untuk peringatan diri aku sendiri, kalau ada yang faham syukur tapi kalau masih ada yang tidak paham apa boleh aku buat. tak dapek den nak nolongnyer..sendiri mau ingat la kawan..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, December 22, 2010

Tetamu Senja

Hari ini sang langit sungguh indah,
tidak lagi meradang memuntahkan tempiasnya,
dari ruang sempit aku mendengar kicauan merdu sang unggas,
hari ini dia bebas menghayunkan kepaknya di awan biru,
entah esok? aku gusar andai tidak lagi bisa mendengar kicauannya,

Si manusia pula acapkali aku lihat terlalu asyik dengan tugas dunianya,
aku bermonolog sendiri,apakah urusan akhiratnya sudah dilangsaikan?
mungkin ada yang sudah, mungkin ada yang masih tertangguh,
arghh biar saja mereka, itu urusan dia dengan Tuhan,

Aku sebenarnya tetamu senja di wilayah ku sendiri,
datangku tidak lagi disambut mesra oleh lalang merimbun,
tiada juga ambal rumput yang menghalalkan aku memijaknya,
kini yang ada cuma pokok pokok angkuh lagi bongkak,

Aku sebenarnya tidak betah di sini,
kiri kananku yang ada cuma hutan batu,
jelas ku lihat kerakusan manusia memperkosa alam yang dulunya ibarat syurga hijau,
pokok konkrit berambal simen seakan tersenyum mengejek melihat kebuntuanku,

Aku sebenarnya asing di sini,
pagiku suram tanpa kokokan lantang si jalak,
tiada lagi dingin embun jantan yang menggigit ke sumsum,
cuma yang tinggal hangatnya bahang yang mengundang peluh jantan,

Aku tercari cari kemana pergi semua itu,
kokokan si jalak sudah berganti deruman bingit besi tidak bernyawa,
embun jantan yang menyelimuti pagi sudah menbiarkan bumi bertelanjang,
bukit bukau yang dulu gah kini kecundang oleh rakusnya jentera besi,
sungaiku kini sudah kambus menjadi labuhraya membelah kota,

Aku harus kemana?
ini tempat aku, ini dunia aku,
jika aku pergi, daun daun kaca pada pokok konkrit itu akan bersorak gembira,
aku tidak mahu tewas, seperti tewasnya daerah suci ini,
aku harus berjuang, daerah hijau ini harus aku pertahankan,
sekalipun aku bukan perajurit di arena yang bersenjata,
waima aku sungkur di medan ini,
namun aku yakin. daerah ini pasti tersenyum seperti sediakala...




Anak gembel menulis






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 16, 2010

Puisi Padan Muka

Celik mataku dipagi hari
ku lihat jam dinding masih di angka 6
ku pejam lagi mataku yang malas
bila ku buka lagi, aku naik hairan
apasal jam tak gerak gerak?

Aku capai handfon di atas meja
melayang semangat tengok jam dah 8 pagi
aku melompat macam kena rejatan elektrik
padan muka aku terlajak membuta

Ku gapai tuala kononnya nak mandi
buka pili air tak ada, baru ku ingat air dah kena potong
cukup sekadar gosok gigi dan basuh muka
padan muka aku tak bayar bil air

Hajat hati nak pakai baju pink
alamak baju pulak lupa di gosok
segera hidupkan suis nak gosok baju
apakah malang nasibku baju hangus waktu menggosok
padan muka aku, siapa suruh tak gosok siap siap

Depan pejabat bos dah tunggu
kepala botak pandanganku silau
dia naik angin tapi tak jadi marah
lihat aku berselipar jepun
padan muka aku main sondol je tak tengok tempat

Padan muka aku,
memang padan dengan muka aku
hari hari datang lewat
macam pejabat bapa aku yang punya
cukup bulan potong gaji
padan muka aku tanggunglah sendiri..


P/s : tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar tamparan untuk diri sendiri.





anak gembel menulis

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Friday, December 10, 2010

Tujuanku???

Salam Jumaat..

Hari ini penghulu segala hari, sedar x sedar masuk hari keempat tahun baru hijrah 1432H. Masih belum terlambat kalau aku wish selamat menyambut Maal Hijrah buat seluruh ummat islam. Doaku pada kalian mahupun diriku sendiri semoga kita peroleh keberkatan maghfirah dari Allah s.w.t.Aku harap tahun ini aku akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Bunyi macam klise tp samaada kita sedar arau tidak itulah juga harapan untuk orang lain.

Persoalan yang sampai sekarang masih menari2 dalam kotak fikiranku ini, mampu kah aku berubah? Ah cuba dulu lah, mana tau doaku diperkenankan. Aku sebenarnya patut malu dengan diri sendiri kerana dengan umurku yg sudah lepas layak mengundi ni aku masih lagi terkapai mencari diri aku sendiri. Arghh bodohnya menjadi diri aku ni kan, sampaikan diri sendiri pun susah mau kenal tapi inilah hakikat sebenarnya. Cuba tanya soalan ini pada manusia2 di luar sana

1. Apa sebenarnya tujuan hidup mereka?

2. Adakah mereka sudah benar2 mengenali diri sendiri?

dan soalan terakhir yg patut diajukan;

3. Adakah mereka sudah berjaya memperolehi apa yg mereka inginkan dan sudah terlaksanakah tujuan hidup mereka yg sebenar?

Aku pecaya masih ada yg punya jawapan bodoh sama seperti aku malah, jangan terkejut kalau ada yg cakap mereka sebenarnya tidak tahu tujuan hidup dan itu semua tidak penting bagi mereka. Aku sentiasa berusaha menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapaku, adik yang menyayangi keluarganya, kakak yang prihatin terhadap saudaranya, kawan yang disenangi dan paling penting aku mahu menjadi hamba yang sentiasa menurut perintah TuhanNya dan patuh dengan suruhan agama.

Sesungguhnya terlalu banyak anugerahMu yang telah aku nikmati Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianMu. Aku malu menjadi hambaMu yang seringkali mungkir dalam janji temu denganMu dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ku padaMu. Kali ini aku sudah tahu apa yang aku mahu dalam hidup dan aku mohon agar segalanya Kau permudahkan untuk aku menrealisasikan tujuanku ini...Apa tujuanku biar aku dengan Nya sja yang tahu.

p/s : semua ini untuk pesanan pada diriku sendiri;bilamana kekhilafan datang pada aku, aku akan pulang pada landasanku.

aku yang menulis..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, December 7, 2010

Wanita yang indah...


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awalah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."


Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia disisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu. Peganglah kata kata ini, kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan.

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.





Anak gembel menulis...03.58am


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Thursday, December 2, 2010

Merpati Putih Patah Sayap

''Andai sang bayu masih setia lemparkan aku hembusan dinginmu, kenapa mesti kau bersembunyi dibalik awan?atau sudah merajuk kah wahai sang bayu kau enggan berhembus lagi;sungguh merpati putih rindu bertebaran di awan ditemani hembusanmu..."



Merpati Putih Patah Sayap.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Tuesday, June 29, 2010

Diri SeoRang WaNita!!!


Wahai Wanita Hiasan Dunia Dan Wanita Solehah Jgn mudah bermain bicara, jangan hanya bijak berkata dengan mana2 lelaki ajnabi. Lelaki itu ujian bagi kita. Ingatla, nafsu lelaki hanya wanita.

Lelaki lemah kerana wanita.
janganlah kita menjadi punca mereka lemah. janganlah kita mudah tunduk pada mereka, janganlah biarkan mereka menganggap kita murah & boleh digunakan bila perlu.

Jaga hatimu
berjihad melawan perasaan ni hanya kita Sahaja yang tahu bertapa susahnya menolak perasaan itu yang kadang2 datang tanpa diundang. Biarlah cinta kita diperoleh oleh lelaki yg layak sahaja.

Jaga dirimu,

nescaya Dia akn menjagamu sebaiknya. Sentiasalah mengharap pemeliharaanNya. Semoga berbahagia berada di sampingNya, pasti anda akan rasa kemanisannya !!


Jumaat 02 Julai 2010, bersamaan 19 Rehab 1431Hijrah...sudah separuh dari tahun ini yang aku lalui tapi belum ada satu pun pencapaian yang boleh aku banggakan, tapi bila difikirkan semula aku bersyukur kerana ada sedikit perubahan yang positif dalam diri ku...Setiap hari aku berdoa semoga hari2 yang bakal aku lalui akan menjadi titik tolak kearah kebaikan untuk hari yang mendatang...sebagai hambaNYA hanya doa dan usaha yang mampu aku buat kerana aku percaya Allah itu Maha memkbulkan doa hambaNYA...

Aku tertarik dengan kata2 indah yang ada dalam iluvislam dan aku copy paste untuk tatapan bersama...semoga dengan bahan ini akan membuat aku sentiasa sedar siapa aku sebagai seorang wanita dan akan menjadi penyuntik semangatku untuk memperbaiki diri insyaAllah...Aku cukup gemar untuk menyumbangkan komen2 atau persoalan dalam laman web atau blog2 yang berunsurkan keislaman kerana banyak pengetahuan yang aku perolehi...Dan doaku semoga aku sentiasa diberi ruang dan hidayah untuk memperbaiki kesilapan diri...



P/S: Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang SOLEHAH, yang baik antara yang
terbaik...dan
kurniakanlah aku pendampingmu yang baik dalam
mendapatkan sesuatu yang terbaik
dariMU...AMIN






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

Wednesday, June 23, 2010

PaTah HaTi..

Salam..

Sedang aku duduk mengadap moniter tiba2 aku teringat sorang member aku yg chat dgn aku dr mlm sampailah subuh...dia mengadu dgn aku tentang semangatnya yg semakin down saat ini..aku pernah mengalami nasib yg sama dgn dia dulu so tiada masalah utk aku bg sedikit kata2 semangat..aku memang bukan arif utk menasihati apatah lagi memberi kata motivasi kepada orang tetapi insyaAllah aku mampu mnjadi pendengar yang baik buat mereka. Aku tiba2 teringat lagu darpada kump. Saujana tentang PATAH HATI...aku mainkan lagu ini berulang2 sambil menghayati bait2 lirik yg mempunyai makna cukup mudah utk difahami...


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang



Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya


Lagu ini cukup indah dan mudah difahami masejnya...apa yg cuba disampaikan amat jelas kita fahami, dan benarlah seperti bait2 lirik di atas yang Allah s.w.t telah mnciptakan hari esok utk kita bangkit dari kegagalan dan patah hati...


Bagi aku lagu bukannya sebagai hiburan tetapi juak sebagai terapi ketika dilanda musibah, bila diri mula terasa murung dan down aku akan mula mcari lagu2 yg boleh mbngkitkan semangat aku kmbali..kadang2 tanpa kita sedari lagu2 yang kerap kita dengar itu sebenarnya mpunyai bait2 lirik yg cukup indah, tiada guna kita dengar lagu2 sedih dan meratap ketika kita dalam kesidihan.Lagu2 nasyid misal kata banyak tersembunyi maknanya yang tersendiri...Bagi aku mudah saja, jangan prejudis terhadap muzik atau lagu kerana lagu2 kerohanian adalah salah satu sumber inspirasi diriku ketika aku dalam keadaan down.



P/S bangkit dari patah hati dan sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t telah menyediakan nikmat di muka bumi utk kita nikmati sebaik mungkin, patah hati dan kekecewaan bukan pegakhiran pada kehidupan..






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)