Sunday, June 26, 2011

Kalau suami mula naik tangan...

korang pernah tak tengok atau tertengok lelaki belasah pompuan ataupun yang paling sadis lagi si suami membelasah bini dia sampai lebam lebam. ok pendekkan cerita semalam time otw balik rumah aku naik bas teserempak dengan pasangan laki bini ni (aku yakin dorang ni laki bini coz, wife dia tengah pregnant and panggil lelaki dia abang.

di pendekkan cerita tengah besesak sesak dalam bas couple ni pun naik la di satu stesen bas, nama pun sesak kan so, memang ada yang berdiri lah kan. tapi yang buat aku jengkel tahap dewa dewi ni, boleh pulak laki dia yang sedap sedap duduk sedangkan bini dia yang tengah pregnant tu dia biarkan berdiri (hishh apa punya laki la ni). Lelaki ni dengan angkuh duduk sambil merokok sebelah aku siap marah marah bini dia, ada sekali tu aku dengar dia cakap kat bini dia "kau ni x boleh diam2 kah? berdiri lah bagus2 jangan sampai pegang2 aku, nanti ndak pasal2 aku humban kau kluar dari bas ni" masyallah 'jahanam' betul laki dia ni. memang kena jelingan maut dari aku lah mamat ni, aku rasa kesian betul tengok bini dia yang pregnant berdiri terhoyong hayang sedangkan dia yang tak gentleman senang lenang duduk. kesian tengok bini dia tu so aku pun bagi lah dia duduk, tapi yang bikin aku panas boleh pulak laki dia tengking aku, chaittt apa jadah lelaki ni.

ni gambar hiasan jak ya..tapi boleh bagi gambaran macam mana si isteri trauma kalau suami mula naik tangan

berani berani takut aku berdiri and buat muka selamba bagi bini dia duduk. bila couple tu dah duduk sama tiba2 aku tgk husband dia mula marah2 and yang buat aku terkejut beruk, berani pulak si lelaki ni tampar isteri dia dalam bas yang penuh manusia. Kakak yang bini dia ni aku tengok memang sudah menangis, maybe sakit kena tampar or malu dgn perangai laki dia yang tidak ada perasaan. Mana lah akal waras si suami sampai sanggup buat bini dia yang mengandung cam tu, aku memang x dapat cakap apa apa time tu coz aku memang terkejut. bayangkan lah sedangkan dikhalayak ramai pun suami dia berani buat cam tu ini kan pulak kalau di rumah. kalau sudah namanya kaki pukul dimana2 pun tabiat tu tetap ada.

sepatutnya sebagai suami @ lelaki dia jadi pelindung untuk isteri dia apatah lagi dalam keadaan si isteri yang tenganh mengandung, bukan jadi hitler yang menggunakan kuasa diktatornya memerintah itu ini. kalaulah aku boleh jadi invisible woman memang aku cincang 10 laki dia tu..ceh emosi ni.

hargailah setiap detik seorang wanitamu sepertimana Rasulullah s.a.w melindungi wanita wanitanya.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...with luv ;)

3 comments:

Gadis Kecil said...

Eii.keji sungguh lelaki itu. di mana letak nya kesedaran sivik dia sbg seorang lelaki dan bakal bergelar bapa itu? mmg tak layak di panggil MAN! Emo jugak neh... huhu

sarah said...

itu lah..org na kawen dia pun nak kawen tp x sedar tngungjwb suami...spatutnya lelaki cm ni baik tngl dalam gua jerk..huh /me emo jgk ni hahaah

ayuzz80 said...

Giler keji.. humban jer dlm jamban jantan x guna mcm tu..